Sukar Tapi Keinginan Tetap Ada

Keinginan untuk sentiasa sihat dan cergas sentiasa ada dalam fikiran saya. Tapi, bila sampai masa untuk bersenam, banyak lagi yang berbisik-bisik dalam fikiran. Tidak mengapalah kalau bisikan-bisikan itu memotivasikan saya. Jadi, apa yang saya buat, saya pakai baju sukan perlahan-lahan, pakai stokin dan kasut pun perlahan-lahan. Kemudian, pergi di taman pun perlahan-lahan.

Bukan sebab apa semuanya perlahan-lahan, saya melayan pergolakan dihati saya, mahu pergi atau tidak. Tapi, bila teringat balik usaha yang saya buat untuk dapat bersenam pada kapasiti semasa, saya rasa sayang pula untuk berhenti. Jadi, apa lagi, saya bagi saja tumpuan sama kaki saya untuk berlari mengikut rentak yang tidak memaksa jiwa dan fikiran saya. Saya kekalkan saja itu rentak saya sampai habis masa. Setelah siap sesi senaman, baru saya gembira sebab sudah tercapai matlamat mingguan saya. Perkara ini kecil saja saya rasa, tapi saya percaya dapat menyihatkan tubuh badan saya, kalau bukan sekarang, mungkin pada masa hadapan. 

Sukar Tapi Keinginan Tetap Ada Sukar Tapi Keinginan Tetap Ada Reviewed by Santro on April 09, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.