Keserasian itu bermula hari ini

Setiap helaian muka surat mahu diberi perhatian. Tanpa perhatian yang berbelah bahagi, pembacaan akan menjadi lancar. Ada suara yang membantu menyebut setiap ayat-ayat yang tertulis dalam muka surat bahan bacaan.

Suara yang sama didengar setiap kali membuka kumpulan kertas yang dipenuhi hujah-hujah penulis atau lebih dikenali sebagai BUKU. Nada suara tersebut membantu fikiran menafsir makna yang tersirat dan tersurat. Nada suara tersebut mungkin sedikit- sebanyak menyumbang kepada pembentukan karakter pembaca.

Suara ini semakin lama semakin teguh dalam kehidupan pembaca. Penasihat yang telah pun ada dalam kehidupan setiap pembaca, lama-kelamaan menjadi serasi dan seterusnya membantu mengembangkan lagi daya analisis pembaca. Tidak diketahui bila keserasian itu bermula. Katakanlah, keserasian itu bermula hari ini.

Keserasian itu bermula hari ini Keserasian itu bermula hari ini Reviewed by Santro on June 18, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.