Pengurus Kewangan Yang Baik

Rahsia untuk mempunyai kedudukan kewangan yang baik telah ada dalam diri semua orang. Hanya perlu dikembangkan melalui keberanian dan disiplin iaitu tidak mudah dipengaruhi oleh perubahan emosi atau persekitaran.

Wang ialah sumber yang terhad, ianya perlu diuruskan dengan sebaiknya. Pengurusan kewangan mestilah mengikut fikiran yang sihat dan bertumbuh. Sekiranya emosi lebih dominan semasa membuat keputusan tentang kegunaan wang, ada baiknya untuk menunggu sehingga fikiran menjadi dominan.

Menulis ialah simpton orang berfikir. Sekurang-kurangnya, tulislah tentang hala tuju wang yang akan digunakan itu, sama ada untuk kegembiraan atau kebebasan kewangan.

Aliran wang akan terhenti sekiranya dibelanjakan dengan tidak bijaksana. Belanjakan wang kepada sesuatu yang membuatkannya  mengalir dan terus mengalir. Pengurus kewangan yang baik mestilah sentiasa menambah pengetahuan mengenai sumber yang terhad ini.
Pengurus Kewangan Yang Baik Pengurus Kewangan Yang Baik Reviewed by Santro on June 17, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.