Jalan Menuju Yesus - Ellen G. White

Jalan Menuju Yesus adalah sebuah buku yang ditulis oleh Ellen G. White, perintis dan nabi dari Gereja Advent Hari Ketujuh.

Ia pertama kali diterbitkan pada tahun 1892 oleh Syarikat Fleming H. Revell.

Sebelum kepemilikanya dibeli oleh syarikat penerbitan Seventh-Day-Adventist Review and Herald Publishing Association pada tahun yang sama, kemudian diterbitkan semula pada tahun 1896.

Saya paling kagum dengan sifat setia yang ada pada syarikat ini.

Saya percaya sifat setia itulah yang membuatkan syarikat itu berkembang sehingga hari ini.

Yang mana Syarikat Fleming H. Revell berumur 128 tahun pada tahun 2020 ini.

Manakala, Review and Herald Publishing Association berumur 171 tahun pada tahun ini kerana ia diasaskan pada tahun 1849.

Bagi saya, buku ini dapat memberikan perasaan harmoni ketika membacanya.

Ia mengajar saya untuk tidak terlalu bergantung pada pada perbuatan atau tindakan saya, dan membenarkan Tuhan menggunakan saya untuk pekerjaan-Nya.

Jalan Menuju Yesus Menuju Terang

Petikan Terbaik dari Jalan Menuju Yesus

Setiap kali saya membaca sesebuah buku, pasti ada satu atau dua ayat yang saya simpan untuk dibaca semula.

Setiap dosa dan perbuatan membelakangi kurnia Tuhan, mengeraskan hati.

Ini kerana ayat itu mengingatkan saya tentang siapa diri saya sekarang dan apa yang saya mahukan pada masa depan.

Petikan yang paling saya suka dari buku ini ialah:

Malahan ia menuntun kita membuat pilihan yang salah.

Ia menjadikan kita tidak memahami kasih Tuhan.

Dosa menyebabkan penurutan kita merosot dan kurang penerimaan kepada Roh Kudus Tuhan.

Buku ini mengandungi 127 muka surat.

Saya telah pun membacanya sampai habis.

Hasil dari pembacaan itu, saya telah menulis beberapa perkara yang saya belajar darinya.

Anda boleh membaca itu dalam artikel 9 Jalan Menuju Yesus Yang Saya Pelajari Dari Ellen G White.

Sekiranya anda mahu mengurangkan sifat ego anda, saya mencadangkan anda untuk membaca sendiri buku ini supaya anda merasai sendiri apa yang saya tuliskan disini. Selamat membaca.

Sumber Gambar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel