Keserasian itu bermula hari ini

Setiap helaian muka surat mahu diberi perhatian. Tanpa perhatian yang berbelah bahagi, pembacaan akan menjadi lancar. Ada suara yang membantu menyebut setiap ayat-ayat yang tertulis dalam muka surat bahan bacaan.

Suara yang sama didengar setiap kali membuka kumpulan kertas yang dipenuhi hujah-hujah penulis atau lebih dikenali sebagai BUKU. Nada suara tersebut membantu fikiran menafsir makna yang tersirat dan tersurat. Nada suara tersebut mungkin sedikit- sebanyak menyumbang kepada pembentukan karakter pembaca.

Suara ini semakin lama semakin teguh dalam kehidupan pembaca. Penasihat yang telah pun ada dalam kehidupan setiap pembaca, lama-kelamaan menjadi serasi dan seterusnya membantu mengembangkan lagi daya analisis pembaca. Tidak diketahui bila keserasian itu bermula. Katakanlah, keserasian itu bermula hari ini.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel