Pengurus Kewangan Yang Baik
17 Jun 2019
Rahsia untuk mempunyai kedudukan kewangan yang baik telah ada dalam diri semua orang. Hanya perlu dikembangkan melalui keberanian dan disiplin iaitu tidak mudah dipengaruhi oleh perubahan emosi atau persekitaran.
Wang ialah sumber yang terhad, ianya perlu diuruskan dengan sebaiknya. Pengurusan kewangan mestilah mengikut fikiran yang sihat dan bertumbuh. Sekiranya emosi lebih dominan semasa membuat keputusan tentang kegunaan wang, ada baiknya untuk menunggu sehingga fikiran menjadi dominan.
Menulis ialah simpton orang berfikir. Sekurang-kurangnya, tulislah tentang hala tuju wang yang akan digunakan itu, sama ada untuk kegembiraan atau kebebasan kewangan.
Aliran wang akan terhenti sekiranya dibelanjakan dengan tidak bijaksana. Belanjakan wang kepada sesuatu yang membuatkannya mengalir dan terus mengalir. Pengurus kewangan yang baik mestilah sentiasa menambah pengetahuan mengenai sumber yang terhad ini.