Apa yang kau perlu bagi sekiranya kau mahu sesuatu?

Hari ini saya telah menonton satu video seorang lelaki yang saya kira hanya memandu grab. Ketika dia datang melawat 2 sahabat dia, mereka sedang bermain alat musik Violin dan Gitar. Boleh disimpulkan kemahiran gitar sahabat lelaki ini lebih baik berbanding dia bermain violin.

Personaliti lelaki ini biasa-biasa saja, tetapi pandangan mereka berubah setelah dia memainkan 2 Muzik klasik. Yang pertama, saya tidak tahu tajuk lagu tapi, untuk lagu yang kedua tajuknya ialah Canon In D.

Semasa menonton video ini, saya terfikir untuk meneruskan  apa yang telah saya mula belajar dahulu.

Apa itu? Saya pernah mula belajar gitar, belajar piano, belajar melukis dan bersukan. Saya terus mengembangkan kemahiran ini dari semasa ke semasa. Saya akan maju mengembangkannya dengan cara yang SMARTER.

Apa itu SMARTER?
Specific, Measurable, Achieveable, Relevant, Timely, Ethical, Record

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel