Cadangan tidak diterima

Kau memberikan cadangan yang terbaik tetapi tidak diterima.

Kau merasa sakit hati kemudian berhenti memberikan sebarang cadangan pada masa depan.

Mungkin kau lupa untuk melihat kenapa orang tidak menerima cadangan kau.

Lihatlah hidup kau, siapa diri kau di mata mereka? dan apa yang kau ada? apa yang kau boleh buat? Inilah tugas kau untuk mengenali kelemahan dan kekuatan diri kau.

Rendahkan diri dan belajar dari orang yang berpengalaman. Sebelum MENGAJAR, seseorang itu harus BELAJAR.

Hanya Tuhan sahaja yang akan menerima kau seadanya.

Tapi jangan letakkan anggapan yang sama pada manusia, sangat jarang untuk menemui manusia seperti itu.

Tunjukkan dahulu baru manusia akan percaya. 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel