Fokus pada senarai yang dibuat

Kenapa akhir-akhir tahun lalu, barulah saya ada semangat untuk melakukan apa yang saya senaraikan untuk dibuat? Saya fikir sebabnya ialah kerana fokus saya terganggu oleh kesibukan dunia ini.

Saya terlalu sibuk sehingga kehilangan identiti diri yang saya mahu dahulu. Saya mahu hidup dengan baik. Saya mahu mengawal kehidupan saya dengan cara mengawal tabiat berfikir dan bertindak saya.

Pada tahun 2020 ini, ada tempoh baru untuk saya mengukuhkan semula apa yang sudah roboh dalam diri saya pada tahun 2019 lalu.

Baru saya tahu tentang pentingnya untuk tidak kehilangan fokus pada nilai diri kita. Tuhan menciptakan kita begitu bernilai sehingga kita boleh mengurus kehidupan kita dengan baik.

Kita meminta hikmat dan pengertian daripada Dia agar kita dapat mengurus pekerjaan yang Dia amanahkan kepada kita. Tiada lagi sumber harapan lain selain daripada Dia yang MahaBesar.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel