Kenapa Berhenti Berkembang?

Perkembangan diri terhenti apabila kau terlalu mementingkan apa yang kau rasa? Bila perasaan mengambil alih pertimbangan seseorang, dunia nyata seakan-akan menjadi dunia impian.

Manusia akan lupa bahawa kerja keras itu keras, sedih itu sedih, penat itu penat, lapar itu lapar. Masa terasakan menjadi pendek kerana dipendekkan oleh kegembiraan jangka pendek.

Tapi realitinya, kesukaran yang sedikit-sedikit itu membuatkan kehidupan menjadi lebih bermakna dan rugi sekiranya tidak dihargai.

Ada juga yang berhenti kerana penat untuk berfikir. Menjadikan manusia yang berfikir, itulah sebabnya kita lebih baik dari binatang-binatang ciptaan Tuhan yang lain.

Kita boleh befikir, tapi binatang tidak boleh berfikir. Perkembangan binatang berbentuk statik, manakala manusia pula berkembang. Jika kita malas berfikir, maka kita lebih suka untuk hidup seperti binatang yang memang diciptakan dengan kebolehan befikir yang terhad.
Kenapa Berhenti Berkembang? Kenapa Berhenti Berkembang? Reviewed by Santro on Januari 02, 2020 Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.