Menjadikan Persekitaran Lebih Baik

Kita ada mata yang boleh melihat keindahan.

Kita ada fikiran untuk membayangkan kemajuan.

Bila kita melihat ketidakaturan, aturlah sehingga menjadi indah.

Bila kita terfikir kemerosotan, fikirkanlah perkara yang memajukan.

Lihat dan fikir kehidupan anda sebelum ini.

Tanya diri sendiri, adakah anda lebih baik dari sebelum ini.

Jika anda tidak tahu siapa diri anda sebelum ini, besar kemungkinan anda tidak akan membuat kemajuan dalam hidup anda.

Kenali diri sendiri dan tambah satu tabiat yang menjadikan anda lebih baik.

Mengenali diri sendiri adalah permulaan untuk melakukan perubahan.

Mengenali diri sendiri adalah permulaan untuk menjadikan persekitaran anda menjadi lebih baik.

Kenali diri, setia dengan perubahan baru dan anda akan hidup lebih baik dari sebelumnya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel