Pilihlah beban dengan Bijaksana

Pada hari ini saya mahu mengongsikan satu topik yang saya minati iaitu mengenai BEBAN.

Mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka, Beban mempunyai 3 maksud.

Maksud yang pertama ialah Barang yang dibawa atau dipikul.

Maksud yang kedua ialah Tanggungan yang berat.

Maksud yang ketiga ialah tanggungan daripada kenaikan cukai.

Apa-apa yang ringan tidak boleh dianggap beban kerana sudah secara semula jadi menjadi satu dengan seseorang individu.

Di dunia ini, terdapat banyak beban yang akan kita temui.

Tetapi ada perkara yang perlu kita lakukan apabila kita bertemu dengan beban ini.

Perkara yang pertama ialah Mengkaji beban.

Kedua, kita menulis apa kelemahan dan kekuatan beban tersebut.

Ketiga, kita membiasakan beban itu sehingga sampai satu tahap ia bukan lagi dipanggil beban.

Pilihlah beban dengan Bijaksana.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel