Inspirasi untuk Konten Blog

Inspirasi untuk menulis cerita bagi blog anda sebenarnya boleh diperolehi dari keadaan semasa.

Bila sesuatu berlaku pada anda dan sekeliling anda, lihat dan fikir pada babak mana yang menarik perhatian anda.

Dan sampaikannya dalam bentuk ayat mengikut pemerhatian dan gaya penulisan anda. Itulah yang membuatkan blog anda unik.

Pembaca mahu mengetahui bagaimana anda melihat sesuatu keadaan dan menyampaikannya dalam bentuk tulisan atau perkataan.

Sebagai contoh keadaan "Wanita berpakaian pejabat yang sedang berdiri sambil mendepakan tangan di tepi pantai merasakan angin laut".

Contoh penerangan pula seperti ini. "Kepenatan kerena sibuk berkerja perlu dibayar dengan sedikit masa bertenang seperti wanita ini yang sedang merasai angin laut lembut bertiup menerbangkan rambut hitamnya."

Ikut gaya anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel