Kereta Terbang

Pada bulan Januari yang lalu, pada awal tahun 2020 ramai yang memperkatakan tentang kereta terbang.

Aku membayangkan kalau kereta terbang akan mengantikan kereta sekarang.

Tiada lagi jalan raya, semua dipenuhi tempat tinggal. Tiada lagi tol jalan darat, hanya tol udara.

Pasti ada had ketinggian yang kereta terbang boleh sampai. Dalam kereta itu pasti akan ada payung terjun untuk persediaan sekiranya kereta rosak dan jatuh.

Bahan-bahan untuk pembinaan kereta tersebut pasti akan menjadi lebih berkualiti dan dapat mengurangkan impak ketika terhempas.

Pengendali kereta terbang mesti mempunyai lesen memandu di udara dan mewajibkan untuk belajar sekurang-kurangnya asas dalam mengendalikan pengangkutan udara.

Adakah anda bersedia untuk kareta Terbang?

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel