Kuasa Pakaian

Aku tidak dapat mempercayai yang pakaian dapat mengubah tahap keyakinan seseorang.

Aku menyedarinya tahun ini, bagaimana peranan pakaian yang cantik dapat mengubah persepsi orang sekeliling kita.

Tahun lalu, aku tahu tapi aku tidak lakukan. Tahun ini, dengan adanya sedikit keberanian membelanjakan wang untuk pakaian aku tidak dapat mempercayai kekuatan pakaian dapat mengubah persepsi manusia.

Sebelumnya, aku percaya yang kecantikan itu hanyalah pada hati seseorang itu.

Tapi masa itu, pemahaman aku tentang tabiat manusia belum banyak, aku tidak serius dengan pengetahuan bahawa MATA perlu ditarik perhatian sekiranya kita mahu bersahabat dengan orang lain.

Pernyataan inilah yang membuatkan aku mengambil tindakan pada tahun ini,

Kita mengajar orang bagaimana untuk melayan dengan kita.

Pakaian akan mengubah persepsi dan layanan orang lain pada diri anda. Cubalah ini di rumah.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel