Tulis Inspirasi Secepatnya

Inspirasi datang dan pergi tanpa mengira waktu.

Tindakan untuk menulis mestilah diambil secepatnya.

Kerana, kalau dia pergi, dia akan pergi selamanya.

Dia tidak akan kembali lagi.

Bila inspirasi datang, kita akan faham dan rasai kemunculannya dalam fikiran kita.

Kalaupun dia kembali, kita tidak mengenalnya kerana kita memahaminya dalam maksud yang berbeza.

Apa yang pasti, dia memberitahu dan mengajar kita sesuatu yang baru.

Inspirasi adalah pengajaran yang manusia dapatkan dari alam sekitarnya.

Selalunya akan diperolehi oleh orang yang sentiasa mahu belajar dari apa yang dialaminya.

Dengan menulis inspirasi yang diperolehi, kita boleh menambah ilmu kita dan untuk tatapan generasi yang akan datang.
Tulis Inspirasi Secepatnya Tulis Inspirasi Secepatnya Reviewed by Santro on Februari 11, 2020 Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.