Hilangkan Ketakutan dengan Pengetahuan

Ketakutan menyebabkan perkembangan kita terhenti atau paling tidak pun memperlahankan kita.

Bagaimana kalau saya tidak dapat?

Inilah soalan yang rata-rata akan keluar dari mulut kita bila ada ketakutan sebelum membuat sesuatu.

Sehingga kita pun ragu-ragu dalam membuat keputusan, kita berpusing-pusing dalam keraguan kita sendiri sehingga kita tidak sedar masa sudah jauh meninggalkan kita.

Daripada berpusing-pusing dalam keraguan sendiri, kenapa tidak belajar mengenai perkara yang meragukan kita.

Supaya kita boleh membuat keputusan dengan cepat. Kebimbangan wujud kerana ketidakpastian tentang masa depan.

Kita risau pada masa depan, sedangkan masa depan itu adalah hasil daripada apa yang kita lakukan sekarang.

Pelajari ketakutan diri supaya kita boleh memajukan diri untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel