Kurangkan Mabuk Mula Bertanggungjawab

Ini tentang orang mabuk kerana alkohol. Bila dalam keadaan mabuk, orang mabuk lebih banyak meluangkan banyak masa dengan orang mabuk.

Khususnya pada orang yang sudah berkeluarga, tanya pada diri, kenapa tidak memilih untuk meluangkan masa yang ada untuk isteri dan anak-anak?

Ketahui betapa UNTUNGnya diri sendiri kalau memilih untuk meluangkan masa bercakap dan bermain dengan anak-anak dan isteri dalam keadaan yang waras.

Kalau alasan penat berkerja, kemudian memilih untuk mabuk sebagai cara mendapatkan istirehat, pilihan seperti itu tidak banyak UNTUNG.

Perkembangan taraf hidup keluarga yang sedang dibina akan menjadi perlahan, mungkin akan musnah jika sentiasa RUGI.

Melaburkan MASA dan WANG kepada anak-anak dan isteri merupakan pelaburan yang terbaik, yang akan membawa kepada kebahagiaan hidup.

Oleh itu, sebagai Pemimpin kepada isteri dan anak-anak, adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua Keluarga (KK) untuk terus belajar menjadi PELABUR yang Bijak.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel