Perbualan Kosong

Perbualan kosong bermaksud percakapan yang tidak tentu hujung pangkalnya.

Selalunya akan berlaku bila kita ada banyak masa. Kebanyakkan kita suka pada perbualan kosong. Tidak dapat disangkal lagi, perbualan jenis ini mendapat tempat di hati bagi kebanyakkan kita.

Ini berlaku apabila Pertanyaan dan Jawaban menimbulkan pertanyaan dan jawaban yang seterusnya.

Jika tidak dikawal, perbualan boleh sampai ke bulan, kemudian turun ke Sel Nukleus, kemudian turun ke Neraka dan naik semula ke Syurga.

Konsepnya, sama seperti lagu Bangau Oh Bangau.

Sebenarnya Perbualan kosong sangat membuang-masa. Apa lagi kalau pertanyaan dan jawaban tersebut tidak relevan dengan keperluan kita.

Tapi, bagaimana kalau tujuan perbualan kosong itu hanya untuk berbual lebih lama supaya dapat mengeratkan hubungan?

Perbualan kosong juga bermaksud perbualan yang tidak mempunyai matlamat atau tujuan. Jadi, selagi kita ada matlamat, perbualan itu tidaklah Kosong.

Lihat pada Siapa, Bila, Dimana dan Kenapa kita mahu mulakan perbualan kosong tersebut.

Kesimpulannya Perbualan Kosong tidak banyak membantu dalam membawa kejayaan dalam hidup kita.

Selebihnya keputusan di tangan anda.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel