Perkara yang Memudaratkan

Banyak perkara yang dilakukan setiap hari yang dibuat tanpa pertimbangan yang sihat.

Kebanyakkan perkara dilakukan kerana keinginan dan bukannya keperluan.

Keperluan asas manusia hanyalah makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Disebabkan terdedah kepada tawaran-tawaran dunia, akhirnya keinginan timbul dan terus kekal menjadi keperluan.

Bercita-cita tinggi tanpa mengabaikan perkara asas seperti makan dan tidur adalah sebahagian dari pekerjaan kita sebagai pengurus yang baik.

Mengabaikan perkara asas boleh memudaratkan aliran kehidupan sedikit demi sedikit, dari semasa ke semasa.

Contohnya kurang tidur adalah penyebab seseorang emosional, kerana otak kepenatan menerima pengalaman setiap saat.

Penyelesaiannya ialah memenuhi keperluan asas otak iaitu makan untuk tenaga dan tidur untuk penyusunan maklumat dalam otak, supaya kita dapat membuat keputusan dengan baik supaya tidak terus melakukan perkara yang memudaratkan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel