Pilihan di Tangan Sendiri

Pilihan itu adalah hak sendiri. Menjadi orang yang berjaya juga adalah satu pilihan sendiri. Kita yang memilih apa yang kita buat ketika ada masa terluang. Kita yang memilih apa yang kita beli dengan duit yang kita ada.

Kita yang memilih apa maklumat yang kita benarkan masuk dalam otak kita. Adakah kita memilih untuk berjaya atau tidak? Itu juga pilihan sendiri. Kehidupan adalah siri pengembaraan yang penuh dengan pilihan yang kita boleh kawal.

Dari masa, kita membuka mata (bangun pagi) sampai kita menutup mata (tidur malam). Dari masa, mata kita terbuka (lahir) sampailah mata kita tertutup (mati).

Yang indahnya, kita masih ada masa untuk belajar membuat pilihan yang BETUL.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel