Sifat Tamak Mahu Kejayaan Cepat

Kau mahu lebih banyak lagi, sehingga kau lupa had diri kau. Kau mahu pencapaian yang besar dalam satu hari. Dan, kau berusaha sehingga kau mengabaikan keperluan asas diri.

Kau lupa makan, makan pun tidak tenang. Kau tidak tidur atau kalau tidur pun tidak cukup. Kau lupa bercakap dengan Tuhan, keluarga dan kawan-kawan.

Dan kau menghadapi kegagalan. Sudah tentu sakit. Kau gagal kerana kau mengabaikan perkara-perkara yang menolong kau membuat keputusan betul.

Tolong beritahu diri kau, Jangan tamak. Berusahalah secara sistematik bukan secara membabi buta. Sentiasa bertindak dengan penuh pertimbangan.

Ingatlah ini, bila kau bertindak membabi buta, kau biarkan emosi yang mengawal kau. Tapi, bila kau bertindak dengan sistematik. Ya betul, kau dan fikiran kau masih lagi berkerjasama.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel