4 Hal Yang Saya Belajar Dari Lirik Lagu Berita Kepada Kawan


Jika Lirik Lagu Berita Kepada Kawan membuatkan anda terkenang kembali pada waktu sekolah rendah, maka disini juga ada 4 perkara yang saya belajar dari lirik lagu ini. Tetapi sebelum itu, nyanyikan dahulu lagu ini supaya anda dapat lebih memahami apa yang akan saya kongsikan nanti.

Lirik Lagu Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk disampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

Menghargai kawan selagi ada peluang

Baris "Engkau tak duduk disampingku kawan" mengajar saya supaya menghargai kawan selagi ada peluang. Saya terkenang kembali pada waktu sekolah rendah. Pada waktu itu, kebanyakkan pelajar lelaki masih memakai seluar pendek untuk ke sekolah. Di dalam kelas pula, setiap meja disusun berdua-dua. Apabila bangku kawan sebelah kelihatan kosong, hati menjadi sedih kerana hanya itu sahaja kawan rapat yang saya ada pada waktu itu. Pada hari ini, saya diperingatkan kembali yang saya patut menghargai kawan-kawan yang ada selagi berpeluang.

Pengalaman Mengubah Hidup Seseorang

Pada baris ke-7 lagu ini "Perjalanan ini pun seperti jadi saksi" mengingatkan saya untuk menambah pengalaman berharga dalam hidup supaya menjadi lebih bermakna. Dari facebook, saya mengikuti perkembangan semasa mereka dan nyata kepada saya bahawa perjalanan hidup di dunia ini boleh berubah sekiranya ada ciri-ciri setia dalam diri kita masing-masing. Perjalanan hidup kawan-kawan saya berbeza dari apa yang saya fikirkan pada waktu dulu. Saya kini menjadi lebih yakin yang pengalaman hidup dapat mengubah seseorang. Sekarang ini, mereka sudah menjadi lelaki yang kuat dan mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga. Dulu, kawan-kawan saya ini, ada yang penakut, ada yang pintar dan ada yang lasak. Kini, mereka benar-benar berbeza dari dulu, besar perubahannya.

Menjadi Pendengar Yang Baik

Di baris yang ke-9, "Kawan coba dengar apa jawabnya". Ayat ini mengingatkan saya untuk menjadi pendengar yang baik ketika ada kawan yang mahu mengongsikan masalahnya. Apabila mendengar luahan dari kawan-kawan, saya cepat-cepat sedarkan diri saya dengan berkata "kadang-kadang mereka sebenarnya hanya memerlukan seseorang pendengar yang dapat merespon dengan baik, lebih baik dari Alexa, Siri dan Google". Sikap seperti inilah yang perlu dikembangkan dalam dari bagi sesiapa yang merasakan pentingnya komunikasi dalam mengukuhkan hubungan keluarga dan persahabatan.

Tidak Bangga Dengan Keburukan Yang Dilakukan

Baris ke-20 yang paling memukul saya "Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa". Ada masanya saya berasa bangga kerana pernah membuat perkara-perkara yang bodoh seperti bertindak tanpa berfikir, ponteng kelas, mencuri rambutan dan bermain game sehingga larut malam. Secara logiknya, saya patut buang perasaan bangga pada hal-hal yang seperti ini, kemudian mula belajar untuk melakukan perkara yang betul dan benar.

Kesimpulan

Itulah 4 perkara yang saya dapat lihat dan belajar dari Lirik Lagu Berita Kepada Kawan. Lagu yang berbentuk pengajaran ini, mengajar saya supaya menghargai kawan selagi ada peluang, pengalaman mengubah hidup seseorang, menjadi pendengar yang baik dan tidak bangga dengan keburukan yang dilakukan. Kalau meneliti dari baris ke baris dalam lirik ini, saya menyimpulkan bahawa kebanyakan ayat-ayat dalam lagu ini akan membuatkan anda sedih. Maknanya, jika anda mahu gembira pada masa ini, elakkan dari menyanyikan lagu ini. Walau bagaimanapun, saya berharap selepas membaca perkongsian di atas, anda akan dapat menyanyikan lagu ini dengan penuh penghayatan sehingga pendengar turut merasakan apa yang anda rasakan.

20 Lagu Nyanyian Ebiet G. Ade
Laman Rasmi Ebietgade
Gambar oleh Sasin Tipchai

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel