5 Perkara Akan Berlaku Apabila Anda Menulis Artikel Menarik


Artikel menarik dapat mengubah masa depan blog anda. Jika sebelum ini anda tidak mempunyai motivasi untuk menulis artikel menarik, maka, dalam artikel ini saya akan membawa anda melihat 5 perkara yang akan berlaku apabila anda mula menulis artikel menarik untuk blog anda. Selepas membaca artikel ini, anda akan tahu masa depan blog anda, sekiranya anda mula mengisinya dengan artikel-artikel yang menarik.

Anda juga akan dapat mengelakkan diri daripada merasa tiada motivasi untuk menulis lebih baik. Inilah 5 perkara yang akan berlaku apabila anda mula menulis artikel menarik untuk blog anda iaitu Jumlah pelawat meningkat, Pendapatan online meningkat, Reputasi blog meningkat, Jemputan menulis meningkat, dan Kos pembiayaan bandwidth meningkat.

Jumlah Pelawat Meningkat

Artikel yang menarik mempunyai kecenderungan untuk menjadi viral. Apabila viral, kecenderungan orang untuk membaca artikel tersebut akan meningkat dari 10, 100, 1000, 10,000 dan 100,000. Jika anda suka menulis artikel-artikel yang menarik, letakkannya di blog anda, dan percayalah pelawat akan datang ke blog anda. Semakin ramai pembaca, semakin ramailah pelawat ke blog anda.

Bagi blogger yang masih baru dalam dunia blogging, ambil nasihat ini dan biasakan diri dengannya selama yang anda boleh. Elakkan menulis artikel secara rambang seperti artikel ini. Jika sebelum ini, artikel anda berfokus pada minat atau masalah anda seorang. Sekarang, cuba tulis artikel yang dapat memberi manfaat kepada 1000 orang seperti artikel ini. Selepas itu, lihat bagaimana 1000 orang yang telah mendapat manfaat memviralkan artikel menarik anda.

Pendapatan Online Meningkat

Selepas bersusah payah menghasilkan artikel yang memberi manfaat kepada 1000 orang, anda akan mula melihat peningkatan pendapatan online anda. Mula-mula, anda akan dapat melihat $10, diikuti $100, 1,000, 10,000, dan 100,000 sebulan. Apabila pendapatan online anda meningkat, anda akan dapat menyimpan wang secara konsisten setiap bulan. Atau jika anda belum mempunyai kereta dan rumah, anda pasti dapat membelinya dengan pendapatan yang anda jana hasil dari penulisan artikel yang menarik dan berkualiti.

Jika anda belum berkahwin, anda bolehlah memikirkan mengenainya selepas 2-3 tahun menjana pendapatan RM4000 setiap bulan. Jika anda bermatlamat untuk menjana RM10,000 sebulan pada masa depan, anda hanya perlu cuba kaedah menulis artikel yang dapat memberi manfaat kepada 100,000 orang. Semakin banyak artikel menarik, semakin meningkatlah pendapatan online anda.

Reputasi Blog Meningkat

Dalam dunia blogging, reputasi adalah apa yang orang lain sering kali lihat pada artikel dalam blog anda. Jika orang lihat artikel menarik, maka menariklah reputasi blog tersebut. Dan saya pasti, anda telah pun mula menulis artikel menarik untuk blog anda. Hanya satu perkara yang anda perlu sedar, selain pelawat dan pendapatan anda meningkat. Reputasi anda sebagai penulis blog juga turut meningkat.

Jika reputasi anda meningkat, reputasi blog anda juga turut meningkat. Itu akan menambah lebih manfaat ke dalam hidup anda. Ingat, reputasi anda adalah iklan terbaik anda. Ya, itu akan berlaku bila anda mula menulis artikel menarik untuk blog anda. Teruskan menulis artikel yang menarik.

Jemputan Menulis Meningkat

Setelah reputasi anda sebagai penulis blog meningkat, akan ada jemputan untuk menulis artikel di blog lain. Ini adalah salah satu cara untuk melebarkan rangkaian pembaca anda. Dengan menulis di blog blogger lain, anda mempunyai peluang untuk menarik lebih ramai pembaca dari blog tersebut. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih sama ada mahu menerima atau tidak jemputan tersebut.

Anda hanya perlu tahu manfaat yang akan diperolehi sekiranya anda menulis di blog lain. Anda boleh linkkan blog anda dengan blog blogger lain. Dengan melakukan itu, Google akan menaikkan markah blog anda dalam enjin carian Google. Semakin banyak link luar masuk ke blog anda, maka semakin baiklah pandangan Google terhadap blog anda.

Kos Pembiayaan Bandwidth Meningkat

Jika Bandwidth anda sudah terlebih had, maka blog anda tidak akan dapat diakses lagi sehingga Bandwidth anda ditetapkan semula pada bulan seterusnya. Bandwidth merujuk kepada bilangan data yang dihantar oleh server sesuatu laman web ke komputer pelawat laman web tersebut. Setiap kali sesuatu artikel dari blog anda diakses oleh pembaca, maka data blog anda akan dihantar keluar oleh server ke komputer pembaca.

Sebagai contoh, penyedia Domain bagi blog ini iaitu IWH yang memberikan 50GB Bandwidth setiap bulan. Jika permintaan data (pembaca mengakses artikel) melebihi 50GB, maka artikel-artikel dalam blog anda tidak akan dapat diakses lagi. Jadi, untuk menampung jumlah pembaca artikel semasa, anda perlu menambahkan had Bandwidth anda ke 100GB.

Kesimpulan

Selepas membaca artikel ini anda mesti tahu tentang 5 poin penting iaitu Jumlah pelawat meningkat, Pendapatan online meningkat, Reputasi blog meningkat, Jemputan menulis meningkat, dan Kos pembiayaan bandwidth meningkat.

Anda akan merasai sendiri 5 perkara yang saya kongsikan diatas setelah anda meningkatkan mutu penulisan artikel anda. Sekarang pilihlah untuk menulis artikel yang menarik untuk blog anda. Saya harap anda akan mendapat semangat baru untuk terus berblog setelah membaca artikel ini. Selamat Mencuba.

Gambar oleh drobotdean

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel