7 Kebaikan Membaca Buku Yang Dilupakan Ramai Orang

12 Definisi Buku Yang Mungkin Mengubah Anda Ulat Buku


Menurut Wikipedia, Buku adalah media untuk merakam maklumat dalam bentuk tulisan atau gambar, biasanya terdiri daripada banyak halaman yang disatukan dan dilindungi oleh sampul. Buku membiarkan kita bergerak tanpa menggerakkan kaki. Sekiranya kita hanya membaca buku yang dibaca oleh orang lain, kita hanya boleh memikirkan apa yang difikirkan oleh orang lain. Namun, sekiranya ada buku yang ingin kita baca, tetapi belum ditulis, kita mesti menulisnya.

Buku adalah cermin jiwa, kita hanya melihat di dalamnya apa yang sudah ada di dalam diri kita. Minda memerlukan buku-buku seperti pedang memerlukan batu pengasah jika ingin menjaga kelebihannya. Sesuatu yang sangat ajaib boleh berlaku apabila kita membaca buku yang baik. Selain itu, buku juga adalah rakan yang paling senyap dan paling stabil; mereka adalah kaunselor yang paling mudah diakses dan paling bijak, dan guru yang paling sabar. Inilah 7 kebaikan yang dilupakan oleh ramai orang tentang aktiviti membaca buku:

1. Membaca Mengurangkan Tekanan

Membaca buku yang digemari selama 6 minit dapat memperlahankan dengupan jantung, melegakan ketegangan otot dan mengubah keadaan minda. Saya adalah seorang pemalu, dan saya sentiasa berasa tertekan kerana adanya sifat ini dalam diri saya. Salah satu cara saya untuk melepasi tekanan tersebut, demi untuk melaksanakan tanggungjawab saya adalah dengan membaca buku-buku yang dapat memotivasikan dan mengubah keadaan minda saya. Tekanan wujud kerana kita terpaksa melakukan sesuatu yang diluar keadaan selasa kita, dan sekarang, ketahuilah bahawa membaca buku yang baik membantu kita melepasi tekanan tersebut.

2. Membaca Memupuk Penyertaan Sivik

Peratus pembaca buku yang terlibat dalam aktiviti sukarela adalah lebih tinggi berbanding individu yang kurang membaca buku. Ada kajian sosial kesan membaca telah dijalankan dan salah satu hasil kajiannya mendapati bahawa peratusan pembaca buku yang menjadi sukarelawan untuk organisasi bukan keuntungan (42%) jauh lebih tinggi daripada peratusan bukan pembaca (25%).

3. Membaca Meningkatkan Empati

Membaca fiksyen meramalkan ketepatan empati. Semasa kita membaca cerita fiksyen, kita sentiasa TEBERLATIH untuk mengesan keadaan emosi sesebuah watak. Saya ada seorang sahabat yang suka membaca cerita fiksyen, walaupun kami jarang berhubung, dia tetap memahami perwatakan saya, malah dia boleh membawa suasana positif pada kumpulan orang-orang muda. Itulah antara kesan positif dari tabiat membaca buku.

4. Membaca Meningkatkan Hubungan

Pengalaman simulasi semasa membaca sastera fiksyen dapat memudahkan kita untuk
memahami orang lain yang berbeza prespektif dengan diri kita, dan dapat meningkatkan kemampuan kita untuk empati dan kesimpulan sosial. Buku adalah alat yang membebaskan keindahan yang ada dalam fikiran kita supaya boleh dikongsikan kepada orang lain.

5. Membaca Memperdalam Pengertian Tentang Kita

Dalam kesenangan membaca, mereka, khususnya remaja, dapat memandang secara signifikan mengenai hubungan yang matang, nilai peribadi, identiti budaya, keselamatan fizikal, keutamaan estetik, dan pemahaman mengenai dunia fizikal. Ada sebuah buku yang bertajuk Stop Wasting Time and Start Your Life: 7 Steps to Stop Putting Life Off  tulisan Jeffery Combs, mengajar saya tentang definisi kejayaan, yang saya masih pegang sampai pada hari ini.
Success is what you do daily - Jeffery Combs
Kehidupan saya lebih baik dari dulu setelah mula membaca buku ini. Seiring dengan perjalanan waktu, saya semakin hari semakin memahami siapa diri saya, apa kekuatan, kelemahan dan bagaimana untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Itulah bagaimana pembacaan dapat membantu kita untuk mula memahami diri kita sendiri.

6. Membaca adalah Kunci Kejayaan Masa Depan

Pembacaan yang dipupuk dari kecil memberi kesan yang kuat terhadap peluang seseorang di kemudian hari. Tahap minat dan sikap terhadap aktiviti membaca, jumlah masa yang dihabiskan membaca dan kepelbagaian bahan bacaan sangat mempengaruhi prestasi pada masa depan. Ada kanak-kanak yang ibubapanya hanya kerja kampung tetapi boleh memperoleh skor yang baik di sekolah. Setelah ditanya apa yang kerap mereka lakukan, mereka mengatakan yang mereka sangat suka membaca. Memelihara sikap suka membaca semestinya dapat mendekatkan kita kepada kejayaan di masa depan. Buku boleh menjadi guru yang paling sabar untuk kita berjalan ke arah matlamat kita.

7. Pembaca mempunyai Pendapatan yang Lebih Tinggi

Contoh terbaik untuk pembaca buku yang berpendapatan tinggi ialah Warren Buffett. Dia mengatakan bahawa dia membaca minimum lima hingga enam jam sehari. Dia membaca dari buku, laporan korporat dan surat khabar setiap hari. Individu yang menunjukkan tahap literasi yang tinggi cenderung digunakan, bekerja lebih banyak minggu dalam setahun, dan mendapat gaji yang lebih tinggi daripada yang ditunjukkan oleh individu yang mempunyai kecekapan literasi yang rendah.

Kesimpulan

Bilik tanpa buku adalah seperti badan tanpa jiwa. Begitulah kita apabila tiada pengetahuan, kita menjadi kosong. Ada frasa Pemimpin adalah pembaca dan itu adalah betul. Kalau tidak betul, tidaklah mereka membaca sampai 100 buah buku dalam setahun. Bagi kita yang baru mula memupuk sikap membaca dalam diri, 1 buah buku sebulan adalah lebih baik daripada tiada langsung. Usaha membaca selama 10 minit setiap hari boleh membantu kita mencapai matlamat membaca satu buku setiap bulan.

Gambar oleh Mystic Art Design

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel