7 Langkah Untuk Mencapai Garis akhir

mencapai garis akhir

Makna garis akhir berbeza bagi setiap orang. Mungkin bagi kita, 10 ialah garis akhir. Tapi, bagi orang lain, mungkin 10 itu hanyalah permulaan. Garis akhir wujud kerna adanya Garis mula. Garis akhir tidak wujud sekiranya tiada permulaan. Tanpa pergerakan tiada yang boleh mencapai garis akhir.

Apabila pertambahan umur seseorang terhenti, itulah Garis akhir baginya. Itulah garis akhir bagi semua yang bernafas di bumi. Selagi masih hidup, tiadalah yang disebut garis akhir. Orang kata "itu hanya satu permulaan baru". Garis akhir juga wujud apabila matlamat tercapai. Tapi itu hanyalah garis akhir yang kecil. Walau apapun cara kita mendefinisikan garis akhir. Satu perkara yang mesti selalu diingat iaitu PERSEDIAAN.

1. Tetapkan Satu Matlamat

Penetapan matlamat yang baik akan membantu anda mencapai matlamat dalam jangka masa yang lebih cepat. Salah satu cara menetapkan matlamat yang baik ialah menggunakan kaedah SMART. Ia terdiri daripada Specific, Measureable, Achieveable, Relevant dan Timely. Saya suka menggunakan kaedah ini kerana ia dapat membantu saya berfikir dengan lebih jelas lagi.

Penerangan yang jelas mengenai kaedah SMART, boleh dibaca di laman web Wikipedia. Kaedah SMART akan menjadi lebih berkesan sekiranya digunakan bersama formula 5W1H (What, Who, When, Where, Why, How). Antara contoh penetapan matlamat yang baik adalah seperti berikut;

- Saya Mahukan RM1,000 pada 30 April 2020.
- Saya Mahu Menjadi Raja Bajak Laut. 
- 8 Kerja Rumah Yang Saya Akan Buat Hari Ini

2. Bahagikan Matlamat Menjadi Unit-unit Kecil

Setelah matlamat utama sudah ditetapkan, tiba masanya untuk membahagikan matlamat menjadi unit-unit kecil. Bahagikan matlamat anda supaya anda boleh mencapainya dalam 20, 10, 8, 3 atau 2 langkah. Semakin banyak langkah, semakin panjanglah tempoh yang diambil untuk mencapai matlamat anda. Sekiranya anda sendiri tidak mengetahui cara untuk mencapai matlamat itu. Maka, lakukan 2 langkah di bawah ini;

- Fikir dan tulis 10 cara yang mungkin untuk mencapai matlamat tersebut.  
- Belajar dan tulis cara orang yang telah berjaya mencapai matlamat tersebut.

Kenapa perlu ditulis cara-cara itu? Supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang lalu. Saya akan menerangkannya pada langkah yang ke-7.

3. Bina Pengalaman dengan Setiap Unit Kecil

Pilih cara yang difikirkan efisien, kemudian bina pengalaman dengannya. Amalkan cara yang 2x atau 3x lebih cepat. Secara puratanya, pengalaman 20 jam untuk sesuatu perkara yang baru adalah sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran anda.

Tapi, janganlah pula berlatih berjam-jam untuk satu perkara yang kecil, kerana masih banyak lagi tugas lain yang perlu anda lakukan. Ingat  prinsip ini, luangkan masa lebih banyak pada perkara yang penting bagi anda.

4. Baca Informasi Yang Relevan

Membaca infomasi yang berkaitan dengan matlamat anda akan menjadikan anda seorang yang lebih berpengetahuan. Dengan pengetahuan, anda boleh mengelakkan diri daripada tertekan kerana ketidakpastian atau kekeliruan. Saya suka membaca kerana membaca boleh membantu saya melihat matlamat saya di persepektif yang berbeza.

Melalui pembacaan juga, anda boleh melihat bagaimana orang lain melihat matlamat anda. Dengan bertambahnya pengetahuan kita mengenai matlamat yang ditetapkan, Kita sentiasa boleh melihat matlamat kita dari perspektif yang lain, hasilnya kita menjadi fleksible dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan.

5. Tetapkan Tempoh Latihan

Usaha untuk mencapai matlamat perlu melalui latihan yang berkesan dan konsisten. Disebabkan itu, anda mesti menetapkan tempoh untuk anda berlatih atau hidup dengan rutin yang selari dengan matlamat anda. Pilihan tempoh masa ada ditangan anda sama ada 1 Minggu, 1 Bulan, 3 Bulan, 3 Tahun, 5 Tahun atau 7 Tahun. 

6. Pegang Rancangan yang Ditetapkan

Rancangan yang dibuat mestilah dipegang sehingga tercapai. Cara untuk tetap berpegang pada rancangan yang ditetapkan ialah dengan membaca rancangan anda setiap hari. Tujuannya adalah untuk menjadikan rancangan tersebut berjalan secara semula jadi dalam diri anda. Selain itu, pembacaan harian juga akan melemahkan bisikan-bisikan luar yang menghalang anda dari mencapai matlamat anda.

7. Tulis Jurnal Harian

Menulis dapat menggalakkan otak kita menjadi lebih realistik. Kita akan menyedari kekuatan, kelemahan, kemajuan, kemerosotan kita dalam usaha mencapai sesuatu matlamat. Selain itu, setiap tindakan yang kita buat untuk mencapai matlamat, perlulah ditulis supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Jurnal yang kita tulis setiap hari berguna untuk mengatur strategi atau cara yang baru untuk mencapai matlamat kita.

Kesimpulan

Inilah 7 langkah untuk mencapai garis akhir iaitu Tetapkan Satu Matlamat, Bahagikan Matlamat Menjadi Unit-unit Kecil, Bina Pengalaman dengan Setiap Unit Kecil, Baca Informasi Yang Relevan, Tetapkan Tempoh Latihan, Pegang Rancangan yang Ditetapkan dan Tulis Jurnal Harian. Saya harap perkongsian kali ini dapat menambah nilai positif dalam hidup anda. Sekiranya anda menyukai artikel ini, bantu saya untuk mengongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda supaya mereka tahu apa yang anda tahu.

Gambar oleh mohamed Hassan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel