7 Situasi Inilah Waktunya Untuk Anda Berubah

7 Situasi Inilah Waktunya Untuk Anda Berubah


Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) berkuatkuasa, saya terfikir untuk menulis mengenai situasi-situasi yang sesuai untuk berubah tanpa menunggu 31 Disember tahun ini. Pada hari ini, saya akan mengongsikan 7 situasi yang menunjukkan itulah waktunya untuk berubah.

7 Situasi tersebut ialah Bila Merasakan Tiada Pengharapan, Bila Tidak Makan 3 Kali Sehari, Bila Tidak Tidur 8 Jam Sehari, Bila Tidak Bercakap Dengan Pasangan, Bila Tidak Mempunyai Sahabat, Bila Menghadapi Kegagalan dan Bila Tiada Pendapatan Tetap. Teruskan membaca kerana 7 situasi yang kecil ini boleh memberi impak yang besar kepada perkembangan diri anda pada hari ini dan masa depan.

1. Bila Merasakan Tiada Pengharapan

Anda mesti meletakkan harapan untuk melawan perasaan ini. Fikirkanlah sekurang-kurangnya satu harapan, supaya anda mempunyai sebab untuk bangun dan terus hidup. Biasanya, keadaan tiada pengharapan ini datang apabila kita tidak menemukan jalan keluar dari masalah dalam jangka masa yang lama. Sekiranya anda tidak dapat melakukannya sendiri, fikirkan tentang seseorang yang lebih baik daripada anda datang dan membantu anda keluar dari keadaan tidak berpengharapan itu. Jangan lupa masukkan Tuhan dalam senarai pengharapan anda.

Bagi saya, saya telah menulis matlamat hidup saya dan membacanya dengan kuat setakat yang telinga saya dapat dengar setiap hari. Ada juga masanya perasaan tiada harapan itu timbul dalam diri kerana kita merasa diri tidak berguna, jika anda pernah melalui keadaan seperti ini, baca 10 Perkara Yang Harus Dipegang Bila Merasa Bodoh.

2. Bila Tidak Makan 3 Kali Sehari

Kita boleh membuat banyak kesimpulan sekiranya anda tidak makan sekurang-kurangnya 3 kali dalam sehari. Namun, untuk tidak memeningkan kepala, saya akan terangkan poin secara ringkas khusus untuk orang yang berkerja keras sehingga terlupa mengikut waktu makan. Melewatkan waktu makan boleh menganggu pembekalan tenaga tubuh dan otak anda berfikir. Sahabatku, anda perlukan tenaga untuk befikir dan berkerja dengan aktif, efektif dan produktif.

3. Bila Tidak Tidur 8 Jam Sehari

Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari adalah satu kemestian bagi orang dewasa. Perasaan positif menjadi lebih dominan apabila tubuh mendapat tidur yang cukup. Selain itu, anda akan mampu untuk berfikir dan berkerja walaupun berada dibawah tekanan. Itulah salah satu kuasa yang dapat diperolehi oleh semua orang yang tidur sekurang-kurang 8 jam sehari. Jika anda mahu memiliki otak yang berkualiti, jagalah kitaran tidur anda.

4. Bila Tidak Bercakap Dengan Pasangan

Komunikasi adalah sangat penting bagi individu yang sudah berpasangan. Tanpa komunikasi yang konsisten, persepsi akan mengambil alih. Yang tidak baiknya tentang persepsi ialah ianya mudah dipengaruhi oleh persekitaran kita yang kadang-kadang membawa kepada persepsi negatif. Untuk menghentikan persepsi negatif dari terus mendominasi fikiran pasangan kita, kita perlu bercakap. Oleh itu, apabila anda sedar anda sudah lama tidak bercakap dengan pasangan anda, berubahlah dengan meluangkan masa untuk bercakap-cakap dengannya.

5. Bila Tidak Mempunyai Sahabat

Selain keluarga, sahabat juga merupakan kumpulan kedua yang paling rapat dengan anda. Bila anda tidak mempunyai sahabat, anda akan menikmati hidup anda keseorangan. Jangankan waktu sedih, waktu gembira pun anda masih keseorangan. Jika anda merasai situasi ini, anda perlu belajar untuk bersahabat.

6. Bila Menghadapi Kegagalan

Kegagalan adalah tanda bahawa kaedah yang anda gunakan tidak sesuai. Anda juga menghadapi kegagalan kerana anda sedang belajar untuk melakukan perkara yang betul. Kegagalan boleh dilihat dari sudut positif sekiranya anda belajar sesuatu daripadanya. Setelah belajar dari kegagalan, anda boleh menggunakan hasil pembelajaran tersebut untuk melakukan perkara yang betul.

7. Bila Tiada Pendapatan Tetap

Pendapatan tetap hanya ada jika anda ada pekerjaan tetap. Jika situasi ini berlaku dalam kehidupan anda, tindakan yang perlu dibuat ialah mencari satu kerja yang tetap. Dalam dunia teknologi sekarang, sangat senang untuk anda mencari dan melakukan kerja-kerja tetap yang anda suka.

Kesimpulan

Anda tidak perlu lagi menunggu sehingga 31 Disember untuk berubah. Cukuplah sekiranya salah satu dari 7 situasi ini memukul anda. Jika anda bijak dan mudah terajar anda pasti akan berubah, semakin cepat anda mengambil keputusan untuk berubah, maka semakin cepat jugalah perubahan berlaku dalam hidup anda. Terima kasih kerana mengambil masa untuk datang dan membaca artikel ini pada hari ini, sekiranya anda suka dengan artikel ini sila sharekan kepada kawan-kawan anda yang lain.

Gambar oleh Jan VaĊĦek

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel