Cara Menambah Sitemap XML di Webmasters Tools (TERBARU)

Cara Menambah Sitemap XML di Webmasters Tools (TERBARU)

Google tidak akan dapat mengesan artikel kita dengan cepat sekiranya kita tidak menyediakan sitemap.xml untuk blog kita. Jika anda mahu mendapatkan lebih banyak pelawat ke blog anda, perkara utama yang anda perlu lakukan ialah memudahkan Google untuk mengesan isi-isi dalam blog anda. Dalam bahasa biasa, Google memerlukan Sitemap blog anda supaya mereka tidak sesat semasa mencari maklumat yang dicari oleh pelanggan-pelanggan mereka.

Pada blogger yang baru masuk ke dalam dunia blogging dan mahu menjana pendapatan daripada Google Adsense, langkah ini merupakan salah satu yang paling perlu anda lalui supaya Google tidak menolak permohonan adsense anda. Ini kerana, saya sendiri telah beberapa kali ditolak oleh Google kerana mengesan blog saya sebagai blog yang TIADA KANDUNGAN, padahal, saya sentiasa mengemaskini blog ini setiap hari, 5 hari seminggu.

Tapi, oleh kerana anda telah pun sampai ke artikel ini, berbahagialah blogger yang membaca artikel ini kerana blog anda dapat mengelak dari dikesan oleh Google sebagai blog yang TIADA KANDUNGAN, khususnya ketika anda baru memohon Google Adsense. Bagaimana cara yang tercepat untuk melakukannya? Caranya ialah dengan menambahkan sitemap.xml ke Webmasters Tools. Disini saya akan menunjukkan kepada anda 3 langkah utama.

Cara Submit Sitemap Blog

Langkah 1: Login ke Akaun Webmasters Tools Anda dan pilih DomainAnda.

Langkah 2: Lihat Pada Sisi Kiri akan Kelihatan Sitemaps. Klik pada Sitemaps.
Cara Menambah Sitemap XML di Webmasters ToolsLangkah 3: Masukkan kod berikut ini pada kotak "Enter sitemap URL" (sitemap.xml, feeds/posts/default?orderby=updated, atom.xml). Selepas itu, paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.


Keterangan Tambahan Sitemap

1. Ketiga-tiga kod diatas perlu ditambah untuk hasil yang lebih meyakinkan. Sebelum ini, hanya kod sitemap.xml sahaja yang wajib, oleh kerana kita sangat-sangat mahukan Google mengambil perhatian pada artikel-artikel blog kita, maka 2 kod tambahan ini dapat menambah nilai pada blog kita.

2. Jika blog kita hanya mempunyai artikel dibawah 100 maka pengindexan hanya akan mengambil masa beberapa jam sahaja. (Bagi blog saya, ia terus terindex selepas saja saya menekan butang submit).

3. Jika jumlah artikel anda kurang dari 500 anda boleh gunakan kod ini: atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500.

4. Jika artikel lebih dari 500 tapi kurang dari 1000 maka anda masukkan dua kod berikut ini satu persatu: atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500 dan atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=500

Kesimpulan

Penyerahan Sitemap ke Webmasters Tools boleh melayakkan blog anda untuk bersaing di dalam enjin carian Google. Untuk memenangi persaingan tersebut, anda perlulah mengemaskini blog anda setiap hari dengan pos-pos yang mengandungi maklumat yang asli, yang tidak disalin dari mana-mana website sebelum ini. Teruskan usaha anda menghasilkan pos-pos yang asli kerana ianya akan menambahkan nilai blog anda setiap hari. Semoga artikel ini dapat menambahkan nilai positif pada blog anda, kita jumpa lagi pada artikel yang akan datang.

Gambar oleh Mudassar Iqbal

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel