Cara Menulis Artikel Menarik Untuk Blog



Artikel yang menarik dapat meningkatkan jumlah pelawat ke sesebuah blog. Hari ini saya akan mengongsikan 4 cara untuk menulis artikel yang menarik. Selepas membaca artikel ini, anda akan tahu susunan untuk menulis artikel bagi blog anda. Pengetahuan yang anda baca ini juga akan mengurangkan tempoh penghasilan bagi satu artikel untuk blog anda. Inilah antara isi-isi penting yang saya akan terangkan lebih lanjut kepada anda iaitu mulakan dengan tajuk yang menarik, pengenalan yang menimbulkan minat, setkan isi-isi penting dalam subheading (H2), dan setkan "kesimpulan" dalam subheading (H2).

1. Mulakan Dengan Tajuk Yang Menarik

Tajuk memainkan peranan besar dalam meningkatkan pembaca pada blog anda. Ia dapat menarik perhatian pembaca seperti yang dinyatakan oleh Neil Patel dalam artikelnya The Step-by-Step Guide to Writing Powerful Headlines iaitu "Great content starts with a headline that captures your reader’s attention.". Setelah membaca artikel tersebut, saya membuat kesimpulan untuk menulis tajuk artikel secara spesifik menggunakan gabungan Nombor, Perkataan Positif, Perkataan Negatif, dan Soalan (5W1H). Sebagai contoh;

- Cara untuk Menulis Artikel Menarik
- 7 Cara Menulis Artikel Yang Membuat Pembaca Gembira
- Bagaimana Menulis Artikel Menjadikan Anda Bijak?
- 5 Perkataan Biadap Yang Perlu Dielakkan Ketika Menulis Artikel
- 3 Tabiat Ini Menjadikan Anda Penulis Berjaya

2. Pengenalan Yang Menimbulkan Minat

Mulakan pengenalan artikel anda dengan menyampaikan satu maklumat umum dalam satu ayat. Definisi Maklumat umum disini adalah maklumat yang diketahui oleh pembaca sasaran anda. Kemudian, nyatakan faedah yang akan diperolehi pembaca, juga dalam satu ayat. Anda juga boleh memasukkan masalah-masalah yang pembaca boleh elakkan dalam satu ayat. Yang terakhir, aplikasikan ini sekiranya anda fikiran ianya dapat memberikan nilai positif pada pembaca iaitu menyenaraikan isi-isi penting yang akan anda terang. Anda boleh melihat sendiri contoh pengenalan yang saya gunakan untuk artikel ini. Jika penerangan saya ini tidak cukup untuk anda, baca 10 Simple Ways to Write Stronger Introductions  oleh Neil Patel.

3. Setkan Isi-Isi Penting dalam SubHeading (H2)

Isi-isi penting mestilah dapat discan secepatnya oleh pembaca. Kemudian, terangkan setiap isi penting dalam 3-5 baris ayat. Mulakan dengan ayat umum, kemudian menjadi semakin terperinci. Semasa menerangkan setiap isi, terampilkan kredibiliti anda dengan meletakkan link keluar ke Website lain dan link dalaman blog anda sendiri, supaya ia dapat menyokong isi yang anda sedang terangkan. Kaedah penulisan artikel seperti ini, akan memperlihatkan kepakaran anda kerana mampu melihat topik itu dalam skop yang lebih luas.

4. Setkan "Kesimpulan" dalam SubHeading (H2)

Jangan tamatkan artikel anda secara tiba-tiba tanpa ada kesimpulan. Setkan kesimpulan dalam SubHeading (H2) bagi memudahkan pembaca melihatnya. Manakala penerangan untuk kesimpulan pula, anda boleh memberikan penekanan yang ke-2 kali mengenai faedah yang pembaca perolehi dari artikel anda. Tawarkan kepada pembaca lebih banyak maklumat yang menarik supaya mereka akan datang kembali ke blog anda pada masa depan.

Kesimpulan

Selepas ini, proses penulisan artikel untuk blog anda akan menjadi lebih efisien. Kesannya, blog anda akan mampu dikemaskini dengan satu artikel baru setiap hari. Jika anda menulis artikel menarik untuk blog anda, keuntungannya akan datang pada masa depan. Jika anda tertanya-tanya tentang kesan sekiranya anda mula menulis artikel menarik untuk blog anda, baca 5 Perkara Akan Berlaku Apabila Anda Menulis Artikel Menarik.

Gambar oleh Engin_Akyurt

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel