Cara Menulis Pendahuluan Artikel


Pendahuluan yang baik akan menggalakkan pembaca untuk membaca artikel anda sampai habis. Hari ini, saya akan mengongsikan cara menulis pendahuluan artikel mengikut gaya peringkat PT3. Dibawah ini adalah contoh perenggan pendahuluan untuk artikel kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit. Inilah yang kita akan kaji lebih dalam lagi supaya anda boleh menulis pendahuluan dengan mudah dan cepat pada masa datang.

Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global bagai cendawan tumbuh selepas hujan.  Telefon bimbit bukan lagi sebagai alat perhubungan malah mempunyai pelbagai fungsi yang semakin hari semakin canggih.  Antaranya, kita boleh melayari internet, mendengar muzik,kamera dan sebagainya. Hal ini banyak membawa kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang. - 50 Patah Perkataan


1. Tetapkan Matlamat Jumlah Patah Perkataan

Tetapkan dalam fikiran untuk menulis pendahuluan artikel dalam 30 patah perkataan. Ini kerana, pada peringkat PT3, anda hanya perlu menulis artikel sekurang-kurangnya 180 patah perkataan. Pada masa ini, anda hanya perlu beri tumpuan untuk menulis pendahuluan dalam 30 patah perkataan berdasarkan pada saranan Cikgu Magna.

2. Tulis Satu Ayat Topik

Tulis satu ayat umum yang berkaitan dengan topik yang anda ingin tulis. Anda perlu menggunakan ayat umum supaya anda dapat menghuraikannya dengan lebih terperinci. Contoh Ayat: Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global. Baca contoh pendahuluan lengkap diatas untuk mengetahui cara menyusun ayat ini dalam perenggan.

3. Tulis Satu Ayat Huraian

Huraian mestilah dinyatakan lebih terperinci dari Ayat topik. Anda boleh menulis huraian dengan cara menyatakan FUNGSI atau KESAN dari Ayat topik. Contoh ayat: Fungsinya semakin hari semakin canggihBaca contoh pendahuluan lengkap diatas untuk mengetahui cara menyusun ayat ini dalam perenggan.

4. Tulis Satu Ayat Contoh

Ayat Contoh pula anda boleh ambil dari kejadian-kejadian yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari supaya pembaca boleh memahaminya. Contoh ayat: melayari internet, mendengar muzik, kamera. Baca contoh pendahuluan lengkap diatas untuk mengetahui cara menyusun ayat ini dalam perenggan.

5. Tulis Satu Ayat Rumus

Ayat rumus tidak semestinya panjang kerna tujuannya adalah untuk menyediakan pembaca ke peranggan yang seterusnya. Contoh ayat: Banyak membawa kebaikanBaca contoh pendahuluan lengkap diatas untuk mengetahui cara menyusun ayat ini dalam perenggan.

Kesimpulan

Dengan kombinasi 4 jenis ayat ini iaitu Ayat Topik, Ayat Huraian, Ayat Contoh, dan Ayat Rumus, anda boleh menghasilkan PENDAHULUAN yang menarik pada artikel anda. Ini hanyalah satu permulaan sahaja, teruskan berlatih menulis pendahuluan yang menarik supaya anda dapat meningkatkan jumlah pembaca bagi artikel anda. Setelah anda sudah menulis artikel yang menarik, baca 5 Perkara Akan Berlaku Apabila Anda Menulis Artikel Menarik. Semoga anda dapat manfaat dari membaca artikel ini, jumpa lagi pada artikel yang akan datang. Terima kasih.

Gambar oleh Markéta Machová

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel