Cara Menyelesaikan Datetime not in ISO 8601 format in field itemreviewed di Blogger

Saya menghadapi masalah Date/time not in ISO 8601 format in field "itemreviewed" di Google Search Console saya. Saya sebenarnya mahu memohon supaya Google memasang iklan di blog ini. Tetapi, sering kali ditolak oleh Google. Saya pun melihat dan mencari kekurangan blog saya di mata Google.

1. Masalah di Google Search Console

Google Search Console adalah produk Google yang membantu webmaster untuk mengetahui bagaimana Google melihat website mereka. Data Google search console adalah lebih ringkas berbanding Google Analyitic. Setelah saya periksa-periksa, rupanya ada masalah di bahagian Enhancements 》Review snippets 》 Error 》 Date/time not in ISO 8601 format in field "itemreviewed". Seperti gambar dibawah;

Date time not in ISO 8601 format in field itemreviewed

2. Mengenali "ISO 8601"

Dalam saya mula memahami masalah ini, saya terpaksalah belajar beberapa perkara yang asas iaitu memahami istilah yang digunakan oleh Google untuk menerangkan masalah ini kepada saya iaitu istilah ISO 8601.

Mengikut wikipedia, ISO 8601 adalah piawaian antarabangsa yang meliputi pertukaran data-data berkenaan tarikh dan waktu. Piawaian Antarabangsa ini dikeluarkan oleh International Organization for Standardization (ISO) yang bertujuan untuk menyediakan kaedah yang jelas dan tepat untuk menyatakan tarikh dan waktu bagi mengelakkan salah tafsir pernyataan tarikh dan waktu bernombor, terutama sekali apabila data dipindahkan dari satu negara ke negara yang lain yang berbeza-beza amalan untuk menulis tarikh dan waktu bernombor. Piawaian ini menyusun atur data supaya tempoh masa terbesar (iaitu tahun) muncul paling awal dalam susunan data dan beransur-ansur kecil hinggalah tempoh terkecil (iaitu saat). Sebagai contoh 2020-03-28.

3. Mengenali "itemreviewed"

Istilah yang kedua yang saya perlu belajar ialah istilah "Itemreviewed" iaitu The item that is being reviewed/rated. atau dalam bahasa Malaysianya ialah Item yang disemak / diberi nilai.

4. Apa itu Review Snippet ?

Review snippet adalah pandangan dalam bentuk petikan ringkas atau penarafan dari laman web yang mengulas tentang sesuatu produk, biasanya purata skor penarafan adalah gabungan dari banyak pengguna.

5. Saya tidak perlukan Itemreviewed

Selepas memahami apa maksud "itemreviewed" saya pun terfikirkan mengenai kepentingan property ini dalam blog saya. Setelah ditimbang-timbang, saya membuat keputusan untuk membuang saja property ini dalam blog saya kerana saya tidak memerlukan Star Rating seperti itu pada blog saya.

Pada baris yang 3188:

<data:post.title/>

Reviewed by <data:post.author/>
on

<data:post.timestamp/>

Rating: 5

Selepas membuang kod di atas dari blog saya. Saya pun terus meminta Google untuk Validate Fix blog saya ini. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya, kita tunggu sahaja kesannya selepas tempoh validation tamat. Jangan lupa untuk kembali ke pos ini, kerana saya akan terus mengemaskini pos ini dari semasa ke semasa.

Kesimpulan

Masalah Review Snippets ini telah selesai selepas 3 minggu menunggu Google mengesahkannya. Dibawah ini adalah gambar notifikasi yang dihantar oleh Google kepada saya tentang isu ini.

Cara saya menyelesaikan Date/time not in ISO 8601 format in field "itemreviewed" di Blogger

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel