Setia

Pengenalan Perkataan Setia

Saya suka pada perkataan setia ini, walaupun saya tidaklah sepenuhnya dapat mengaplikasikan sifat setia ini dalam hidup saya. Tetapi, saya ada keinginan untuk menjadi manusia yang setia. Dalam perkongsian ini, saya akan terus belajar tentang perkataan setia ini. Menurut apa yang saya pelajari dari Dewan Bahasa dan Pustaka,

Setia bermaksud amanah serta teguh hati dalam hubungan suami isteri atau persahabatan.
Setia tidak berlaku curang Isterinya itu tetap kepadanya
Setia berpegang teguh pada janji
Setia adalah taat dan patuh kepada pemerintah Rakyat tetap kepada kerajaan
Bersetia mengaku setia.
Kesetiaan keadaan atau sifat setia.
Keteguhan hati dalam hubungan suami isteri
Ketaatan: Hang Tuah tidak ada tolok bandingnya tentang kegagahan dan ~nya.
Persetiaan perjanjian yg dibuat utk bersetia
Perjanjian mengaku setia: Sekarang tampillah tuan-tuan memilihnya dan membuat ~ dgnnya.

Inilah penerangan tentang definisi setia yang saya belajar dari DBP. Walau bagaimanapun, saya suka meringkaskannya menjadi seperti dibawah;
Setia adalah teguh hati dalam hubungan dan janji kepada Tuhan.
Kenapa ringkas seperti itu? Sebabnya Tuhan mempunyai sifat setia selama-lamanya, jika kita setia pada Tuhan, secara langsung kita setia kepada Keluarga, Raja dan Negara.

Setia pada perkara kecil

Perkara-perkara kecil adalah asas kepada kejayaan anda. Jika ada dalam fikiran sendiri bahawa perkara kecil tidak dapat mengubah diri sendiri. Tidak salah jika berfikir sedemikian, maksudnya anda hanya percaya yang perkara besar sahaja dapat mengubah anda. Jika itu yang anda percaya, tiada yang menghentikan anda.

Kalau dari segi saiz, ubat yang sekecil kuku jari kelingking pun mampu mengubati tubuh kita yang besar ini. Nyamuk yang sekecil, mata pensel pun mampu membuatkan kita marah. Jika tiada huruf A-Z, tiadalah perkataan-perkataan yang sedang anda baca ini. Perkataan wujud kerana adanya asas iaitu huruf A-Z. Jika tiada Nombor 1, tiadalah Nombor 2. Nombor 2 wujud kerana adanya asas iaitu Nombor 1.

Setia dalam Bahasa Lain

  1. Faithful (English)
  2. Kě xìn (Chinese)
  3. Chungsilhan (Korean)
  4. Uṇmaiyuḷḷa (Tamil)
  5. Matapat (Filipino)

Lagu-Lagu Setia

  1. Faithful - Lobo [Youtube, Lirik]
  2. Faithful - Elevation Worship [Youtube, Lirik]
  3. You Are Faithful - Hillsong Worship [Youtube, Lirik]
  4. Setia - Lagu Patriotik [Youtube, Lirik]
  5. Setia - Elizabeth Tan ft Faizal Tahir [Youtube, Lirik]
  6. Aku Memilih Setia - Fatin Shidqia [Youtube, Lirik]
  7. Setia - Radja [Youtube, Lirik]

Tempat-tempat Setia

  1. Setia Eco Park, Shah Alam, Selangor.
  2. Setia Alam, Selangor
  3. Setia City Mall, Shah Alam, Selangor

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel