Adakah blogger dibayar?


Blogger akan dibayar kerana menulis jurnal mereka secara online. Ada blogger yang suka menulis tentang prestasi blog, kewangan, tutorial, buku-buku, lirik-lirik dan macam-macam lagi. Lihat senarai  topik dari Niagahoster.

Tapi sebelum anda melihat senarai topik tersebut, habiskan dahulu artikel ini, kerana saya akan mengongsikan jawapan untuk soalan adakah blogger dibayar? Jawapannya, Ya, blogger boleh memperoleh pendapatan dengan 2 cara. Bagi saya sendiri, inilah yang memotivasikan saya untuk terus menulis.

Cara ini sangat popular dalam kalangan blogger. Selepas membaca artikel ini, anda, khususnya sahabat-sahabat bloggerku akan bersemangat untuk terus menulis artikel bagi blog masing-masing. Jadi, mari terus ke isi yang pertama.

Dua Cara Memperoleh Pendapatan

Dua cara utama blogger mendapatkan pembayaran melalui rangkaian iklan adalah Pay Per Impression (PPI) atau Pay Per Click (PPC). Mungkin sebelum ini, anda tertanya-tanya bagaimana sebenarnya seorang blogger memperoleh pendapatan dari iklan-iklan yang ada di blog mereka.

Ya, sebenarnya banner-banner iklan yang ada dalam sesebuah blog itu akan menguntungkan si pemilik blog tersebut. Banner yang pelbagai saiz yang kadang-kadang diletakkan di sisi kiri atau kanan blog, atau dibawah tajuk, atau dihujung artikel bukan diletakkan tanpa sebab.

Ia diletakkan pada tempat-tempat tertentu supaya dapat memaksimumkan keuntungan blogger. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai perkara ini di artikel Bagaimana Blogger dibayar. Untuk hari ini, saya akan mengongsikan pada anda 2 cara utama blogger mendapatkan pembayaran dari banner-banner yang ada di blog mereka.

Dibayar setiap Impression

Dengan iklan ini, penonton tidak perlu mengklik iklan tersebut agar blogger dapat memperoleh pendapatan. Mereka dibayar setiap impression, iaitu berapa kali iklan dilihat. Sebagai tambahan kepada pengetahuan anda, mengenai istilah dalam pengiklanan, Impression berbeza dengan Reach.

Seperti yang saya bagitau sebelum ini, Impression ialah berapa kali iklan kita dilihat. Reach pula adalah jumlah orang berlainan yang tengok post kita. Kita kembali kepada point utama iaitu Impression, sekiranya ramai orang yang melawat blog yang telah memasang iklan Pay Per Impression.

Setiap 1000 impression akan menguntungkan si blogger. Kita memanggilnya Pendapatan per seribu tayangan (RPM). Ini contoh pengiraannya, Jika jangkaan penghasilan anda sebesar $0,15 dari 25 pageviews, RPM laman Anda sama dengan ($0,15/25) * 1.000 atau $6,00.

Jadi, apa kebaikan info ini kepada anda yang bergelar blogger. Ya, tentu saja, pasang matlamat untuk dapatkan 1000 pelawat setiap hari. Cubalah dan lihat apa yang akan berlaku. (Sebenarnya saya pun baru tersedar semula tentang RPM ini, selepas ini saya akan usahakan untuk mendapat 1000 pelawat di blog ini setiap hari.)

Dibayar setiap Click

Dengan iklan ini, penonton perlu mengklik iklan tersebut agar blogger dapat memperoleh pendapatan. Mereka dibayar setiap klik. Setiap klik menguntungkan si empunya blog. Itulah sebabnya ada blogger-blogger yang sengaja meletakkan iklan di bawah tajuk artikel mereka.

Mendapatkan klik yang organik dari pelawat tidaklah mudah. Ini kerana, pelawat datang ke blog bukan untuk melihat iklan, tetapi melihat maklumat yang mereka mahu dari blog tersebut. Hanya sedikit saja orang yang akan mengklik iklan yang ada di blog seseorang.

Mereka klik kerana iklan itu mempromosikan produk atau perkhidmatan yang mereka perlukan. Saya pun kadang-kadang mengklik iklan bukan kerana saya mahu menguntungkan pemilik website itu, tetapi saya mahu mengetahui lebih lanjut mengenai produk yang diiklankan.

Kesimpulan

Itulah cara yang popular dalam kalangan blogger untuk memastikan mereka dibayar dari aktiviti blogging mereka. Dan tahukah anda, saya sendiri masih berusaha untuk mendapatkan kelulusan dari Google Adsense supaya mereka memasang iklan di blog saya ini.

Sudah lebih dari 4 kali saya memohon tetapi masih lagi tidak berjaya. Saya tidak akan putus asa, kerana saya sudah tahu apa yang patut saya cuba lakukan seterusnya iaitu berusaha untuk menarik sekurang-kurangnya 1000 orang ke blog ini setiap hari.

Jika anda mahu tahu caranya, datanglah setiap hari, isnin hingga jumaat, untuk melihat topik apakah yang saya gunakan untuk menarik 1000 orang ke blog ini. Okaylah, itu saja untuk hari ini. Kita jumpa lagi pada artikel yang akan datang. Stay Safe Guys.

Gambar oleh Jan VaĊĦek

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel