Apa itu blogging dan bagaimana ia berfungsi

apa itu blogging dan bagaimana ia berfungsi

Blogging akan menjadi menarik sekiranya anda mengenalinya dengan lebih baik. Nah, pada hari ini, saya akan mengongsikan apa yang menarik tentang blogging. Sebelumnya, saya juga tidak suka menulis di blog, tetapi setelah belajar dari blogger-blogger yang berjaya, pandangan saya mulai berubah.

Saya kini suka menulis, kerana dari menulis anda boleh berkembang lebih baik dalam dunia internet. Kuncinya sangat mudah, iaitu menulis secara konsisten. Jika anda konsisten, anda pasti akan dapat melihat banyak peluang di hadapan anda.

Apa peluang itu? Teruskan pembacaan sampai habis kerana saya akan menyisipkan keseronokan itu di ayat seterusnya. Tanpa membuang masa anda lagi, kita mulakan dengan menjawab soalan

Apa itu Blog? 

Istilah "blog" adalah kependekan dari "weblog", yang merujuk kepada jurnal dalam talian. Sebelum saya mengenali dunia blogging, saya hanya menulis jurnal pada buku yang berkulit tebal sahaja. Saya menulis menggunakan pen yang dibeli dengan harga RM5 ke bawah.

Selesai menulis jurnal, saya menyimpan buku jurnal tersebut. Jika anda bertanya ke manakah buku jurnal tersebut. Saya pun tidak ingat dimana saya meletakkannya. Ini kerana, saya hanya menulis jurnal sekurangnya 5 kali sebulan.

Keadaan yang tidak konsisten itu menyebabkan saya lupa dimana saya meletakkan buku jurnal saya. Tapi, apabila anda mula menulis jurnal  melalui blog, anda pasti tidak akan lupa dimana jurnal anda. Ini kerana anda boleh mencari jurnal anda di internet.

Satu lagu, jika anda menulis jurnal di blog, bukan anda saja yang dapat membacanya, orang lain juga boleh membaca jurnal anda.

Permulaan Blogging

Blog bermula sebagai laman mini peribadi yang digunakan orang untuk mencatat pendapat, cerita, dan tulisan lain serta foto dan video. Anda bebas untuk mengongsikan pendapat anda melalui blog anda.

Anda boleh menulis pendapat anda tentang sesuatu produk atau perkhidmatan yang telah lama anda gunakan. Pendapat anda sebagai pengguna sangat diambilberat oleh sesebuah syarikat untuk mengetahui prestasi produk syarikat mereka.

Selain pendapat, anda juga boleh mengongsikan cerita-cerita yang anda dengar atau reka-reka sendiri untuk hiburan semata-mata. Blog tentang cerita-cerita fantasi dapat membangun imaginasi yang diluar pemikiran manusia. Manatau nanti, cerita fantasi anda boleh dijadikan Movie, seperti Avatar.

Ada juga orang yang suka menulis konten bagi blog mereka tentang prestasi mereka dalam sesuatu aktiviti. Contohnya, laporan Traffik ke blog mereka. Tulisan yang berupa laporan juga diminati ramai, apa lagi kalau topik yang anda tulis itu diminati oleh ramai pengguna-pengguna internet.

Blogging Pada Hari ini

Oleh kerana web telah berkembang dan berubah, blog telah mendapat lebih banyak pengiktirafan dan prestasi. Sudah ramai individu yang berjaya dalam dunia blogging, salah satunya ialah Timon Adiyoso.

Seorang blogger dari Samarinda, Indonesia. Blognya ialah mastimon.com, dia banyak mengongsikan tutorial tentang blogging. Dari kehebatannya berblog, dia kini mempunyai 70,000 subscriber di Youtube.

Bagi saya, blogging boleh dijadikan sebagai satu platform untuk anda mula membina penjana pendapatan dari internet. Mungkin, selepas berjaya membina reputasi dalam dunia blogging, anda boleh mula mengembangkan reputasi di dalam dunia vlogging pula. Siapa tahu?

Itulah keadaan blogging pada hari ini. Jika anda mahu berjaya dalam dunia internet, berblog ialah salah satu cara untuk memulakannya. Ini kerana, dari sini anda berlatih untuk memperbaiki bahasa anda. Anda berlatih dengan menulis apa yang anda ingin katakan.

Perbuatan ini akan menyediakan anda untuk yang terbaik pada masa depan. Anda mulakan dengan penulisan, supaya anda dapat berkomunikasi dengan baik pada pelanggan-pelanggan anda yang akan menyokong anda pada masa depan.

Kesimpulan

Semoga artikel ini dapat membangkitkan semangat anda untuk terus menulis artikel bagi blog anda. Jika anda merasa termotivasi dengan artikel ini, kongsikan dengan sahabat-sahabat blogger yang lain, supaya mereka juga termotivasi seperti anda. Itu sahaja untuk hari ini, kita jumpa lagi pada artikel yang akan datang.

Oh ya. Satu lagi, sekiranya anda mahu memulakan blog tapi tidak tahu bagaimana, saya telah menulis satu artikel yang bertajuk Tutorial Mudah Membuat Blog dengan Blogger. Artikel ini akan membantu anda memulakan satu blog dengan percuma di platform Blogger.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel