Bagaimana Blogger dibayar

Bagaimana Blogger dibayar

Saya masih baru dalam dunia blogging tapi saya ingin menulis tentang bagaimana seorang blogger dibayar. Ini adalah semata-mata untuk mengisi blog ini dengan soalan dan jawapan yang sering ditanya oleh kebanyakkan orang diluar sana.

Tanpa berbasa-basi lagi, inilah jawapan kepada persoalan diatas iaitu blogger dibayar berdasarkan jumlah klik pada iklan yang ada di laman web mereka. Itulah cara yang paling popular dalam kalangan blogger.

Puas hatikah dengan jawapan ringkas di atas? Jika tidak, saya akan teruskan lagi penggalian mengenai topik ini. Padahal, saya sebenarnya suka kalau sahabat-sahabat semua membaca tulisan saya di blog ini. Kerna itu akan membantu blog saya menjadi berharga di hati sahabat-sahabat semua.

Meletakkan Banner di Blog

Salah satu cara blogger menjana wang adalah dengan meletakkan iklan di laman web mereka. Iklan itu ada dalam bentuk Sepanduk atau Banner. Banner dalam bahasa Malaysianya ialah Sepanduk. Selalunya, banner ini diletakkan di beberapa bahagian dalam blog.

Ada blogger yang meletakkan di Bar Sisi Kanan. Ada yang meletakkan di Bar Sisi Kiri. Ada yang meletakkan di kepala blog. Ada juga yang meletakkannya di bawah tajuk atau di akhir sesebuah artikel.

Banner pula ada beberapa saiz. Ada banner akan menjadikan blog kita lebih menarik jika diletakkan ditempat yang betul. Untuk Google adsense, ada katogeri banner iaitu Banner untuk Mobile dan Banner untuk Komputer.

Banner untuk Mobile

Kebanyakkan orang pada masa ini melayari internet dengan menggunakan telefon bimbit mereka. Oleh itu, Google telah menyediakan beberapa saiz banner yang sesuai dengan paparan mobile. Saiz-saiz tersebut ialah seperti di bawah ini.


Banner untuk Komputer

Banner untuk paparan komputer pula akan terkeluar apabila pengguna melawat blog anda dengan menggunakan komputer mereka. Berikut adalah saiz-saiz banner yang disediakan oleh Google untuk blogger-blogger yang mahu memasangkan iklan bagi blog mereka.

300 x 250 - Klik disini untuk melihat imejnya
336 x 280 - Klik disini untuk melihat imejnya
728 x 90 - Klik disini untuk melihat imejnya
300 x 600 - Klik disini untuk melihat imejnya
160 x 600 - Klik disini untuk melihat imejnya
970 x 90 - Klik disini untuk melihat imejnya
468 x 60 - Klik disini untuk melihat imejnya
250 x 250 - Klik disini untuk melihat imejnya
200 x 200 - Klik disini untuk melihat imejnya

Bayaran Klik Berdasarkan Topik

Bayaran setiap klik adalah berbeza. Ada iklan yang dipasang berdasarkan topik yang disajikan di sesuatu blog, ada juga iklan yang disediakan berdasarkan aktiviti anda di Google. Setiap kali pembaca mengklik iklan, anda dibayar untuk klik tersebut.

Selalunya iklan insurans dan keretalah yang akan menjanjikan bayaran yang tinggi untuk setiap klik yang berlaku di blog anda. Jika blogger banyak menulis tentang insurans, dan Google pula meletakkan iklan berkaitan insurans di blog anda, anda berpeluang untuk mendapatkan bayaran klik yang lebih tinggi.

Mengikut data yang saya dapat dari laman web Semrush, bayaran pay per click bagi topik insurans di United States ialah $17.55. Lumayankan? Tapi itu kalau di United States, kalau di Malaysia? Saya akan menulis tentang ini pada masa yang akan datang. Yang penting anda mengetahui bahawa topik yang anda tulis diblog mampu menjanjikan bayaran yang tinggi untuk Pay Per Click.

Menerima Bayaran Pendapatan

Anda mungkin datang ke artikel ini kerana ingin mengetahui cara pembayaran pendapatan yang diperoleh oleh seseorang blogger dari Google adsense. Berikut ialah langkah-langkahnya.

1. Login ke akaun AdSense.
2. Klik Pembayaran
3. Klik Kelola Metode Pembayaran.
4. Di bagian "Tambahkan Metode Pembayaran", masukkan informasi bank Anda.
5. Jika Anda ingin metode pembayaran ini menjadi metode pembayaran utama Anda, tandakan kotak Tetapkan sebagai metode pembayaran utama.
6. Klik Simpan.

Itu sahaja, selebihnya akan diuruskan oleh Google. Sekiranya anda mahu lebih banyak maklumat mengenai topik ini. Sila pergi link ini untuk membaca lebih lanjut.

Kesimpulan

Itu sahaja untuk hari ini, saya harap artikel ini akan membantu anda mengetahui bagaimana seseorang blogger dibayar. Bagi sahabat-sahabat blogger yang patah semangat untuk menulis, saya harap selepas membaca artikel ini, anda akan bersemangat semula. Terima kasih, kita akan berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.

Gambar oleh mohamed Hassan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel