Tips SEO Yang Terpapar di Paparan Blogger Login Terbaru

paparan blogger login terbaru

Hai Sahabat-Sahabat blogger, hari ini saya menulis tentang topik blogger pula. Semalam saya telah pun menulis tentang Youtuber, kamu boleh membacanya melalui artikel yang bertajuk 3 Prinsip Youtuber Berkualiti Yang Mesti Anda Tahu

Blogging dan SEO tidak dapat dipisahkan, itulah yang saya tahu pada masa ini. Setelah mengetahui serba sedikit tentang SEO, mata saya pun mula belajar untuk melihat praktis-praktis SEO yang diamalkan oleh setiap laman web yang saya lawati.

Nah, pada hari ini. Saya akan mengongsikan apa praktis SEO yang saya lihat di paparan Blogger login yang terbaru. Setakat ini, saya telah menjumpai 4 praktis SEO yang telah diamalkan iaitu: Penggunaan Heading 2, Huraian Yang Ringkas, Penggunaan Gambar, dan External link.

1. Penggunaan Heading 2

Heading 2 atau tag H2 sangat penting untuk mengoptimumkan artikel anda di dalam carian Google. Ini kerana, tag H2 memberitahu kedua-duanya iaitu Enjin carian dan pelawat tentang isi artikel tersebut. Praktis ini dapat membantu meletakkan blog anda ke peringkat yang lebih baik di enjin carian Google. 

Semua poin yang terdapat di paparan blogger terbaru seperti Publish your passions your way, Choose the perfect design, Get a free domain, Earn money, Know your audience, Hang onto your memories dan Join millions of others ditetapkan menggunakan tag H2. Dalam bahasa yang mudah, penggunaan Heading 2 dalam artikel anda memudahkan pembaca terus tahu isi-isi penting dalam artikel anda.

2. Huraian Yang Ringkas

Sebelum ini, saya pernah menulis artikel yang bertajuk Siapa Yang Mahu Belajar Tabiat Blogging Saya?, dalam artikel ini, saya mengongsikan 16 kerja yang saya buat setiap kali mahu menghasilkan artikel.

Pada kerja yang ke-14 iaitu Menerangkan Isi Dalam 3 Ayat. Anda boleh menggunakan teknik ini sekiranya anda benar-benar tidak cukup idea atau tidak mempunyai banyak masa. Contoh praktis ini anda boleh melihat sendiri dipaparan Blogger yang terbaru, huraiannya sangat ringkas.

Blogger hanya menggunakan maksimum 3 ayat sahaja untuk menerangkan setiap poin yang terdapat di paparan itu. Lihat huraian bagi poin Publish your passions your way, Choose the perfect design, Get a free domain, Earn money, Know your audience, Hang onto your memories dan Join millions of others. Ringkas bukan?

3. Penggunaan Gambar

Gambar boleh membantu anda bercakap beribu-ribu patah perkataan kepada setiap mata yang memandang. Pada paparan blogger ini, ada berbagai imej yang digunakan untuk menyampaikan masej kepada setiap pelawat.

Ada gambar, huruf, ada gambar blog, gambar keluarga dan gambar peta. Selain itu, apabila kita menggunakan banyak gambar dalam blog kita, blog kita akan keluar dalam carian Imej Google. Yang penting setiap kali kita memuat naik gambar, kita meletakkan alt text pada gambar tersebut.

Jika kita memuat naik gambar dan meletakkan alt text pada gambar tersebut, artikel yang kita tulis itu akan memenuhi keperluan SEO Onpage. Jadi, sangat penting penggunaan gambar dalam setiap artikel yang kita buat di blog kita.

4. External Link

External atau Link keluar adalah penting untuk sesuatu Blog. Untuk paparan Blogger terbaru, salah satu Link Keluar yang saya temui ialah link ke laman web Youtube. Sekiranya anda mengklik link ini, anda akan dibawah ke channel Blogger, dalam channel ini pula, anda boleh menonton banyak Video Tutorial untuk menambahkan pengetahuan anda tentang Blogger dan aktiviti-aktivti blogging.

Link keluar memberitahu Google bahawa paparan ini mengambil rujukan dari laman web lain. Selain itu, Link keluar juga seolah-olah memberitahu pelawat "Hei, maklumat ini juga menarik, sila baca". Jika sebelum ini anda berfikir yang link keluar ke laman web lain tidak penting, fikirkan semula, kerana ia menambahkan kepercayaan pembaca pada tulisan-tulisan anda.

Kesimpulan

Ya, itulah 4 praktis SEO yang saya nampak pada paparan blogger login terbaru. Apa pendapat sahabat-sahabat semua, adakah kamu nampak apa yang saya nampak. Jika kamu tidak nampak, ingat apa yang Nujum Pak Belalang kata. Haha bergurau saja ya.

Saya harap artikel ini dapat menambahkan lagi minat sahabat-sahabat blogger semua tentang topik SEO dan mengamalkan praktis-praktis tersebut dalam menghasilkan setiap artikel pada masa hadapan. Itu sahaja untuk hari ini, jumpa lagi pada artikel yang akan datang.

Oh, satu lagi, sekiranya sahabat-sahabat blogger suka untuk menjemput saya sebagai penulis jemputan di blog para sahabat, sila hantarkan email kepada saya yang boleh diperoleh dipage Contact.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel