2 Cara Blogger Melawan Fikiran Negatif

Blogger Melawan Fikiran Negatif

Saya kadang-kadang tertekan dengan pop up notifikasi dari Norton. Anti virus ini tiba-tiba ada selepas saya format laptop saya. Apa tidak saya jadi tekanan? masa saya mau menulislah dia keluar. Nah inilah ni, perkara-perkara kecil yang boleh mengganggu matlamat saya untuk meningkatkan traffik ke blog ini.

Itulah antara perkara kecil yang mengganggu blogger baru ini untuk menulis. Ya, bagi anda yang baru saja sampai di blog ini, saya masih baru dalam aktiviti blogging ini, senang saya akui yang saya bukanlah profesional seperti G.E. Miller, Darren RowseAriff Shah atau Timon Adiyoso.

Saya memanggil mereka profesional kerana mereka lebih baik dari saya. Artikel-artikel yang mereka sediakan lebih baik dari saya, aspek itu saya lihat dari isi-isi sampailah kepada cara mereka menerangkan isi-isi yang ada dalam setiap artikel mereka.

Cuba baca artikel ini sampai habis dan bandingkan dengan artikel yang ditulis oleh Timon Adiyoso di blognya Mastimon.com. Dia boleh menulis lebih banyak topik dari saya tau. Dengan cara pandang saya yang sekarang, sebab baru bermula sebagai blogger, agak sukar untuk menulis sesuatu yang bukan bidang kita.

Tambahan lagi saya hanya ada satu jam saja masa yang produktif untuk menulis. Ini kerana, selepas itu saya perlu rehat supaya dapat idea seterusnya untuk menulis buah-buah fikiran yang bagus untuk dikongsikan dengan pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian.

Kenali Fikiran Negatif

Saya akui semasa menulis konten ini, saya tidak dapat lari dari fikiran negatif. Tapi saya perlahan-lahan, selangkah demi selangkah, perkataan demi perkataan untuk menyiapkan satu ayat sehingga terhasillah artikel ini.

Itu saja cara saya untuk mengharungi fikiran negatif saya. Saya tutup saja mulut saya, saya kecilkan mata untuk melihat di skrin laptop, sebab rabun dan mahu halang itu fikiran negatif dari terus masuk ke dalam otak saya. Fikiran negatif membuatkan saya risau, sedangkan itu hanyalah persepsi semata-mata.

Bagi saya, risau itu hanyalah satu perasaan, tapi itulahkan sebagai manusia, tidak dapat lari dari perasaan itu. Begitulah fikiran negatif memperlahankan rentak penulisan saya. Saya risau bagaimana mungkin orang akan melihat saya selepas membaca artikel ini.

Adakah pembaca akan menyukai artikel ini? Adakah saya telah mengongsikan sesuatu yang memalukan diri saya pada masa depan? Saya menulis seolah-olah saya sangat tahu semua perkara-perkara dalam dunia ini? Selain pembaca, bagaimana mungkin pandangan kawan-kawan saya?

Adakah apa yang saya tulis ini dapat meningkatkan kualiti hidup orang lain? Saya belajar hanya setakat SPM, adakah kawan-kawan saya akan memandang rendah pada saya? Dalam dunia realiti, saya tiada kemahiran yang boleh dibanggakan, tapi bila menulis macam pandai sangat? 

Oh. banyak sudah saya bagitau fikiran-fikiran negatif yang mengganggu saya. Inilah fikiran negatif yang paling saya sebenarnya tidak mahu fikirkan sangat. Jadi, sudah tiba masanya untuk menyerang semula fikiran negatif yang sungguh mencelakakan saya ini.

Melawan dengan Pikiran Positif

Jadi inilah ayat pembuka saya untuk melawan fikiran negatif saya. Saya cakap sama si FN (Fikiran Negatif), "Jadi kau mahu saya ikut cakap kau". Lepas itu, saya counter attack lagi si FN, impian saya tidak sama dengan kau.

Yalah, memang saya banyak kelemahan, tapi kemahuan untuk mencapai impian itu lebih kuat dari kelemahan saya. Jadi, kalau saya hanya SPM saja, kau mahu saya makan batu, tiada buat apa-apa? Orang tua dulu-dulu pun, ada yang setakat UPSR saja, pun boleh membesarkan kau juga. Jadi, janganlah cakap pasal SPM.

Selepas membaca artikel ini, orang akan melihat kau, dan kau tidak akan mati juga kena laser mata diorang, macam si Cyclops dalam cerita X-Man. Jadi, kalau orang tengok kau macam pelik saja, macam yang lagu si Bars and Melody, "Keep smiling" sajalah.

Begitu juga dengan kawan-kawan kau, diorang pun ada Common sense yang setiap orang ada zon-zon keselesaan sendiri. Diorang akan faham, kenapa kau lakukan apa yang telah kau lakukan. Kau bertuah sebab diorang telah melihat siapa kau sebenarnya? 

Jika musuh kau yang melihat kau, kau fikir apa yang diorang akan buat? Tapi saya harap janganlah ada permusuhan, sebab mahu akhir zaman sudah. Bersihkanlah hati supaya dapat bersedia untuk kedatangan Yesus yang ke-2 kali.

Sampai di perenggan ini, saya rasa saya sudah habis luahkan semua fikiran negatif saya, dan melawannya semula. Tepat-tepat sampai pada perkataan ini, saya telah cukup satu jam untuk artikel ini. Saya makan dahulu, kemudian saya akan sambung semula selepas merasa kenyang dan segar.

Saya kembali untuk menutup artikel ini...

Kesimpulan

Saya berusaha untuk terus menulis, walaupun semua keterbatasan saya menguasai fikiran saya. Ini kerana, saya sudah menulis atau dalam kata lain MENETAPKAN keinginan ini dan inilah antara tumpuan yang menjadi keutamaan saya pada masa ini.

Walaupun, ini hanya dilakukan tidak sepenuh masa, tapi yang pasti, dalam 24 jam, saya akan luangkan masa untuk menuliskan buah fikiran saya. Ini kerana, saya tahu, tidak semua orang sedia untuk mendengar saya setiap masa, dan, saya juga suka untuk menggerakkan otak saya dengan menulis seperti ini.

Satu hal lagi yang menjadi harapan saya hasil dari aktiviti blogging ini ialah meningkatkan kemahiran bercakap saya, bukan setakat bercakap tetapi bercakap dengan ekspresi yang baik. Kerana itulah makna kejayaan bagi Daniel Ally, yang saya turut setuju dengannya iaitu 

Success is all about self-expression
Melawan fikiran negatif ketika menulis tidaklah mudah. Tapi disini saya telah mengongsikan 2 langkah yang saya lakukan ketika berhadapan dengan fikiran-fikiran negatif KETIKA menulis. Pertama, kenali fikiran negatif itu, dan yang terakhir lawan fikiran negatif itu dengan fikiran positif.

Itu saja perkongsian untuk hari ini, saya harap artikel ini dapat menambah nilai kepada kemahiran blogging setiap blogger yang membaca artikel ini. Sekiranya anda tertanya-tanya, Adakah blogger dibayar? silakan klik link ini untuk membaca. Kita jumpa lagi pada artikel yang akan datang.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel