5 Perkara Hebat Yang Saya Belajar dari Homeless Blogger

homeless blogger

Penyunting utama surat khabar kini menjadi "Homeless" Blogger. Yang menakutkan lagi ialah Ini boleh berlaku kepada siapa-siapa sahaja, khususnya bagi orang yang sudah mempunyai tanggungan. Saya menulis ini sebagai tanda bahawa saya telah belajar dari kesilapan orang lain. Pada hari ini, inilah 5 perkara hebat yang saya belajar dari Rich Jackson.

1. Rich Jackson 54 tahun

Saya telah melawat blognya Homeless Editor dan meluangkan 5 minit untuk membaca artikel yang dia tulis. Dalam hati saya, "Saya sekarang ini sedang membaca blog dari Wartawan berpengalaman, apa yang saya boleh belajar dari dia". Itulah yang ada difikiran saya semasa membaca blog Rich Jackson.

Dari artikel yang saya baca, Rich Jackson berumur 54 tahun pada tahun ini. Boleh dikira agak berumurlah juga, jika saya adalah bos bagi sesuatu syarikat saya tidak akan memberhentikan pemain yang sudah berumur seperti Rich Jackson, melainkan dia melakukan sesuatu yang menurunkan reputasi syarikat tempat dia bekerja.

Sebab bagi saya, pengalamanlah yang menjadikan hidup kita berbunga-bunga dan bermakna. Walaupun, pemain berumur tidak sentiasa menjanjikan kemenangan atau keuntungan, perlu diingat mereka masih boleh menyediakan bahan-bahan pertimbangan untuk golongan muda dalam bentuk cerita.

2. Penyunting utama The Herald-Times

Rich Jackson yang sebelum ini bekerja sebagai penyunting utama bagi surat khabar The Herald-Times. Dan sebagai penulis blog, saya melihat ini sebagai pencapaian terbaik. Pengalaman dia juga membuatkan saya suka belajar dari bekas penyunting profesional.

Tapi itulahkan, walaupun profesional, terpaksa juga diberhentikan kerja. Menurut Nytimes, dia diberhentikan kerana Gannett, pemilik syarikat surat khabar tersebut, mahukan hanya seorang editor sahaja untuk mengawasi semua surat khabar di selatan Indiana.

3. Saya selalu mencari kata kunci

Walaupun diberhentikan kerja, tapi dia ada kemahiran menulis. Dia mengatakan dalam temubual melalui telefon, "In terms of writing, I always look for key words, and you couldn’t have better than those two.". Dari ayat diatas ini, saya mahu mengukuhkan lagi keyakinan saya pada pernyataan yang berbunyi "Penggunaan perkataan yang betul, pada masa yang tepat akan mendekatkan anda kepada kejayaan".

Kalau dalam dunia Search Engine Optimization (SEO), perkataan yang tepat akan dapat meningkatkan jumlah pelawat ke blog anda. Saya salin ayat diatas ini dari artikel Nytimes. Rupanya, bukan saya seorang sahaja yang sentiasa mencari-cari perkataan yang tepat untuk menulis artikel yang baik.

4. Empat post pertama mendapat 20,000 pageviews

Pageviews bermaksud jumlah halaman blog yang dibuka, samaada oleh pelawat manusia ataupun pelawat bot. Pengiraan itu berlaku pada waktu pelawat melawat dan me-reload sesuatu halaman blog. Sebagai contoh, jika anda melawat artikel ini dan kemudian me-reload, itu bermakna blog saya ini mendapat 2 pageviews.

20,000 pageviews untuk 4 artikel adalah sesuatu yang hebat. Saya yang sudah menulis lebih 10 artikel pun belum lagi mencapai 20,000 pageviews. Saya sedar, saya perlu belajar lagi menulis artikel yang menarik. Saya sedar adanya perbezaan tahap kemahiran menulis dengan melihat pageviews blog Rich Jackson ini.

Tapikan, dia mendapat pageviews ini mungkin kerana reputasi dia sebagai penulis di The Herald-Times. Dari sini juga, saya sedar yang reputasi memainkan peranan penting dalam meningkatkan Pageviews blog saya.

5. Mengungkapkan Buah Fikiran dalam perkataan

Sebelum ini, saya sebenarnya tidak berasa selesa dengan cara saya menulis artikel dalam blog saya. Mungkin kerana saya menggunakan perkataan yang formal, salah satunya yang selalu saya gunakan ialah perkataan "anda".

Saya tidak mengatakan ini salah, cuma saya tidak senang kalau gaya penulisan yang sentiasa formal. Tapi, selepas membaca blog tulisan bekas penyunting utama The Herald-Times ini, saya mendapati ianya lebih menarik, kerana ianya berbunyi seolah-olah kita menunjukkan, dan bukannya memberitahu. Kerana saya berpendapat, Lead by Example adalah lebih baik dari Lead by Directing.

Saya akui artikelnya lebih baik dari saya dengan penyusunan ayatnya yang sangat terperinci dan yang paling penting lagi ialah gaya penulisannya yang lebih santai. Iyalah, saya tidak mahulah pembaca-pembaca saya tekanan selepas membaca artikel dari blog ini.

Saya hanya mahukan pembaca saya menjadi lebih baik dalam apa saja bidang yang diminati khususnya pada Blogger yang sanggup meluangkan masa membaca artikel di blog ini. Selepas ini, saya akan berulang-ulang membaca tulisan dari blog Rich Jackson ini, supaya saya terbiasa dengan gaya penulisan dia.

I do this for me and for you.

Baca juga: 10 Tempat Mendapatkan Idea Menulis

Kesimpulan

"Homeless" Blogger ini membuatkan saya melihat dunia blogging menjadi lebih indah. Saya harapkan dan saya yakin satu hari nanti, saya pasti akan dapat mencapai matlamat saya iaitu untuk menarik 2000 pelawat sehari ke blog ini.

Bagi sahabat-sahabat blogger yang berkesempatan membaca artikel ini, terima kasih kerana meluangkan masa kamu semua untuk menyokong blog saya ini. Saya sebenarnya mahu kamu subscribe, tapi, saya belum sediakan lagi peralatan untuk mengumpulkan subscriber melalui blog.

Saya akan memasangnya pada masa yang akan datang, supaya kita sentiasa berdekatan walaupun secara fizikalnya berjauhan. Baiklah, itu sahaja untuk hari ini. Kita jumpa lagi pada masa yang akan datang. 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel