Lirik Lagu Kami Guru Malaysia

Guru ialah orang yang mengajar kita sehingga kita mempunyai apa yang kita punyai pada masa ini. Tanpa usaha guru, yang memperkenalkan huruf kepada saya, saya tidak akan dapat menulis artikel atau membangunkan blog ini.

Setiap tahun pada setiap 16 Mei, Malaysia akan menyambut hari guru. Pada masa ini juga semua orang yang pernah bergelar pelajar akan mengenang kembali zaman persekolahan mereka. Pasti ada kenangan pahit dan manisnya.

Yalah, walaupun tidak semuanya manis, tapi ia tetap membentuk siapa kita hari ini dan bagaimana kita berfikir tentang masa depan kita. Dari semua corak pemikiran itu, gurulah yang menjadi pemangkin atau asas kepada realiti kita pada masa kini.

Pada hari ini, saya akan mengongsikan lirik lagu kami guru malaysia untuk menambahkan semangat para guru supaya mengajar dengan lebih gembira lagi pada masa depan, walaupun pada masa sekarang ini sesi pembelajaran dijalankan secara online.

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu Kami Guru Malaysia

Lirik ini disusun mengikut lagu dari muzik video ini. Saya telah 3 kali menyanyikan lagu ini di dalam bilik saya. Diharapkan rakan serumah faham kenapa saya tiba-tiba menyanyikan lagu yang berunsur patriotik. Ini kerna, sebelum ini saya rajin menyanyi lagu-lagu jiwang.

Semasa mencari lagu ini, saya tidak menjumpai siapa penulis lagu ini. Sekiranya anda mengetahui siapa pengubah lagu ini, tolong beritahu saya dengan menghantarkan email kepada saya melalui page contact.

Kesimpulan

Saya suka untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Sekolah Rendah Tumunda Salimandut dan SMK Tandek, Kota Marudu Sabah, kerana mengajar saya sehingga saya menjadi saya pada hari ini.

Pengorbanan cikgu-cikgu semua akan tetap saya ingati. Walaupun, saya bukanlah pelajar cemerlang, tapi saya sangat bersyukur sudah dengan apa yang saya telah ada pada masa ini, kerna semua asas itu berasal dari pengajaran yang telah kamu berikan kepada saya.

Pengetahuan yang telah kamu berikan kepada saya akan terus saya gunakan dan kembangkan sehingga saya mampu untuk mengurus tanggungjawab saya dengan baik. Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang menjadi Guru saya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel