Lirik Lagu Wajib Belajar - Restu Narwan Sutarmas
11 Mei 2020
Hai sahabatku yang suka menyanyi, terima kasih kerana datang di blog ini mencari maklumat-maklumat yang disukai. Hari ini, saya akan mengongsikan satu lagu yang positif, yang dapat menjadikan hidup sahabat-sahabat semua lebih baik dari sebelumnya.
Lagu ini dicipta oleh Restu Narwan Sutarmas. Lagu ini popular di Negara Indonesia, iaitu negara kelahiran Timon Adiyoso, seorang Blogger (Mastimon.com) dan Youtuber (Timon Adiyoso) yang secara tidak langsung menjadi guru saya dalam dunia blogging.
Saya dikira masih baru dalam dunia blogging. Masih banyak yang perlu saya pelajari untuk mencapai matlamat saya dalam bidang ini. Tentulah matlamat utama saya adalah untuk menjadi blogger nombor satu di Google.
Untuk menjadi nombor satu di Google, saya mesti sentiasa belajar supaya ada idea untuk menulis konten khususnya bagi sahabat-sahabat yang mempunyai minat yang sama. Bagi blogger, teruskan belajar SEO, untuk Youtuber teruskan belajar Video Editing.
Sekiranya sahabat-sahabat Blogger dan Youtuber merasa kurang bermotivasi kerana traffik ke blog atau traffik ke channel menurun. Lirik lagu ini saya tujukan kepada sahabat-sahabat semua. Semoga bersemangat selepas ini.
Lirik Lagu Wajib Belajar
Mari kita laksanakan wajib belajarPutra putri tunas bangsa
Harapan negara
Wajib b'lajar cerdaskan
Kehidupan bangsa
'tuk menuju masyarakat
Adil sejahtera
Gunakan waktumu isilah hidupmu
Tekunlah belajar giatlah bekerja
Berantas kebodohan prangi kemiskinan
Habis gelap terbit terang
Hari depan cerlang
Ayo kita giatkan wajib belajar
Jangan putus tengah jalan marilah tamatkan
Tanam ilmu sekarang
Petik hari depan
Cerdas trampil berwibawa penuh daya cipta
Gunakan waktumu isilah hidupmu
Tekunlah belajar giatlah bekerja
Jadikan tunas bangsa inti pembangunan
Adil makmur sejahtera
Merata bahagia
Lagu Wajib Belajar di Youtube
Lirik ini ditulis berdasarkan Video yang sahabat-sahabat boleh lihat dari Mars Wajib Belajar. Ada juga versi lagu ini yang menggunakan perkataan "Cerah" pada rangkap kedua baris kelima seperti lagu pada muzik video Lagu wajib belajar.
Kesimpulan
Itu saja untuk hari ini, semoga selepas menyanyi lagu wajib belajar dari Restu Narwan Sutarmas ini, sahabat-sahabat semua bersemangat untuk belajar dan keluar dari garis kemiskinan. Sekiranya sahabat-sahabat mahu belajar untuk memulakan blog sendiri, disini ada Tutorial Mudah Membuat Blog dengan Blogger secara percuma. Sekian dan Jumpa lagi.
Gambar oleh Sasin Tipchai
Gambar oleh Sasin Tipchai