4 Perkara Tentang Lirik Yang Anda Perlu Tahu

lirik

Bila disebut saja tentang lirik, saya pasti perkara pertama yang timbul dalam fikiran bagi kebanyakan orang ialah lirik lagu. Dan, tiada masalahnya disitu ya, saya pun sebelumnya berfikir seperti itu. Tapi itulah bagusnya memulakan blog ini, semua benda pun dibongkar, semata-mata untuk mengisi info-info dalam blog.

Pada hari ini, saya belajar dan akan berkongsi sedikit tentang topik lirik. Yakan, Sharing is Caring. Saya akan mengongsikan 4 perkara yang akan mengembangkan lagi pengetahuan sahabat-sahabat pembaca tentang lirik. Jadi, tanpa membuang masa lagi, mari kita teruskan.

1. Definisi Lirik

Ya, macam di sekolah-sekolah atau universiti-universiti khususnya di negara kita ini, biasanya untuk belajar secara mendalam tentang sesuatu topik, kita diajar untuk mengetahui dahulu definisi sesuatu perkataan. Oleh itu, definisi lirik ialah perkataan-perkataan dalam lagu. Okey, cukup disitu dulu untuk definisi lirik.

2. Lirik Lagu

Setelah anda sudah mengetahui maksud lirik, sekarang kita belajar pula tentang sahabatnya yang kita semua biasa dengar. Dua perkataan ini bagai isi dengan kuku, jarang dapat dipisahkan, dimana ada lagu, disitu ada lirik. Siapa sahabat lirik itu? Ya, sahabat lirik ialah lagu. 

Menurut Wikipedia, Lagu merupakan gubahan seni nada atau suara dalam urutan, kombinasi, dan hubungan temporal untuk menghasilkan gubahan muzik yang mempunyai kesatuan dan kesinambungan. Biasanya lagu diiringi dengan alat muzik dan lagu juga mempunyai iramanya yang tersendiri. Contoh lirik lagu yang terkenal di blog saya ialah Lirik Hiti Noh Masoku nyanyian Dabra Sia. 

3. Lirik Si Pemain Game

Inilah pengetahuan baru bagi saya tentang lirik. Rupa-rupanya, perkataan lirik bukan hanya terkenal di Malaysia dan Indonesia sahaja. Tetapi, di bahagian barat juga. Tahukah kamu, kalau kamu menaip lirik di Google, kamu akan mendapat hasil carian Gamer yang bernama Saqib Zahid.

Dia adalah seorang Gaming Streamer. Maksudnya, dia bermain game secara live dan menggunakan nama channel sebagai Lirik di laman web Twitch. Ini adalah laman web yang digunakan oleh ramai Game Streamer untuk mengongsikan permainan mereka secara live di internet.

4. Lirik Si Penyanyi

Siapa si Penyanyi itu? Ya, siapa lagi kalau bukan artis-artis muzik yang anda minati. Kalau di Malaysia, kita ada Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. Kalau di Indonesia, kita ada Judika. Maaflah ya, tidak dapat sebutkan artis kegemaran anda.

Ya, dengan jelasnya saya mahu tulis disini yang setiap perkataan yang mereka sebutkan ketika menyanyi adalah lirik yang sudah digubah oleh mereka sendiri atau penulis-penulis lagu yang membenarkan lagu mereka dinyanyikan.

Tahukah anda, bahawa anda juga adalah penyanyi? Yang berbezanya antara anda dengan artis-artis ialah anda bernyanyi untuk menghibur hati, manakala artis-artis pula menyanyi untuk menghibur masyarakat.

Kesimpulan

Itulah 4 perkara yang akan mengembangkan pengetahuan anda tentang topik lirik. Saya harap artikel ini akan jadi menarik dimata anda, dan saya dengan rasa rendah hati memohon supaya anda mengongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang suka menyanyi. Sekiranya anda sudah melakukannya, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Gambar oleh Quidec Pacheco

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel