Cara Meningkatkan Subscriber Menggunakan Kaedah Giveaway



Kaedah Giveaway perlulah dirancang dengan baik bagi mengelakkan kerugian. Inilah 8 langkah Selamat untuk Meningkatkan Subscriber di Youtube.

1. Tetapkan Matlamat Secara Spesifik

Ketika menggunakan kaedah Giveaway, tetapkan matlamat secara spesifik. Jangan tetapkan matlamat yang tidak relevan dengan keadaan semasa anda. Saya cadangkan anda menggunakan nombor dan masa dalam ayat matlamat anda. Contohnya, Dapatkan 100 Subscriber dalam 1 bulan.

2. Ketahui Kedudukan Kewangan

Periksa kedudukan kewangan semasa anda. Yang paling penting anda kena tahu ialah, Baki terkini wang dan Jumlah komitmen bulanan anda. Pastikan baki kewangan semasa anda dapat menampung komitmen bulanan anda. Jika ada wang lebih, anda boleh teruskan ke langkah seterusnya.

3. Pilih Item Yang Ingin diberikan

Saya mencadangkan pilih item yang berbentuk digital. Seperti Diamond dalam permainan Mobile Legend, anda boleh menghadiahkan kepada subscriber anda. Ramai Youtuber-youtuber gaming Mobile Legend menggunakan kaedah ini untuk meningkatkan populariti mereka di leaderboard Mobile Legend sehingga dapat meningkatkan jumlah subscriber mereka di channel Youtube.

4. Kira Kos Penyediaan Item

Selepas memilih item yang ingin diberikan sebagai Giveaway. Langkah seterusnya ialah mengira kos penyediaan item. Anda adalah seorang yang SMART, oleh itu anda mesti melakukan setiap perkara dalam skala yang jelas. Sebagai contoh, kos per item ialah RM80.

5. Peruntukkan Bajet Penyediaan Item

Sekiranya anda sudah mengetahui kedudukan kewangan anda. Dan anda mendapati bahawa pendapatan anda mempunyi lebihan setelah ditolak perbelanjaan bulanan. Katakanlah lebihan pendapatan anda ialah RM160, anda hanya boleh membelanjakan RM80 untuk Giveaway. Jangan habiskan lebihan perbelanjaan tersebut semata-mata untuk giveaway ini.

6. Rancang Momentum Pemberian Item

Disebabkan lebihan pendapatan anda sangat sedikit, anda hanya dapat melakukan Giveaway sekali setiap bulan. Kekalkan momentum untuk memberi giveaway setiap bulan. Sekiranya anda tidak mempunyai momentum, anda akan cenderung untuk berhenti dalam mengembangkan subscriber di Youtube Channel anda.

7. Tetapkan Syarat Mendapatkan Item

Pastikan syarat kelayakan adalah percuma. Ingat, ini adalah aspek yang paling penting ketika menggunakan kaedah ini. Ada banyak Youtuber yang menggunakan kaedah ini untuk meningkatkan subscriber mereka. Salah seorangnya ialah Jess No Limit, Youtuber Gaming yang populer di Indonesia pada masa ini.

8. Umumkan Giveaway

Pertama sekali, umumkan Giveaway melalui blog dan laman sosial. Minta pertolongan sahabat-sahabat atau keluarga untuk mengumumkan Giveaway yang anda buat. Ini kerana, tiada orang yang akan mengetahui apa yang anda lakukan sekiranya anda tidak mengumumkan kepada dunia.

Kesimpulan

Pemberian Giveaway akan meningkatkan subscriber di channel Youtube anda. Tapi, perlu diingati, kaedah ini adalah seakan-akan rasuah, jangan gunakannya selain untuk meminta penonton melanggan di Channel anda.

Gambar oleh Glorife Simon

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel