Belajar Berhubung Dengan Emosi

Berhubung dengan emosi


Saya fikir macam ini, kalau kita belajar sesuatu, kita hanya akan ingat pelajaran itu apabila kita ada pengalaman beremosi dengannya.

Saya ada tengok video dari Jim Kwik, seorang pakar dalam topik melibatkan pembelajaran. 

Dia ada kongsikan cara belajar yang dapat menghubungkan maklumat dengan emosi kita.

Jadi bila bercakap tentang emosi, saya ada beberapa perkara yang saya tahu kerana saya ada pengalaman negatif dengannya.

Saya fikir setiap orang pun macam itu.

Pengalaman negatif menjadikan kita negatif kerana banyak emosi negatif yang timbul dalam diri kita.

Saya akhirnya terajar, bahawa hidup dalam serba negatif boleh membentuk pesonaliti negatif.

Jadi, saya fikir, kalau saya banyak luangkan banyak masa dengan emosi negatif, maka bertambah banyaklah fikiran negatif dalam hidup saya.

Saya tahu di dunia ini, kita kena bersederhana dalam setiap perkara, tidak terlalu beremosi negatif, maksudnya lebih banyak emosi positif berbanding emosi negatif.

Saya berhenti cakap pasal emosi positif negatif.

Saya mahu kembali ke topik pembelajaran.

Jadi, sekarang, setiap kali saya belajar sesuatu, saya mesti pastikan apa yang saya belajar itu mudah berhubung dengan emosi saya. 

Tujuan saya ialah supaya impak pembelajaran lebih kekal. 

Ya, lebih kurang macam itulah pemahaman saya tentang topik ini.

Menurut Jim Kwik di laman webnya;

Information combined with emotion becomes a long-term memory.

Dia menerangkan ini melalui akronim pembelajarannya iaitu FAST.

Kamu boleh baca sendiri di web site dia.

So, sekarang saya mahu kongsikan apa yang saya belajar dari maklumat ini.

Selalunya, kita boleh menghubungkan emosi dan maklumat yang kita dapat dari 5 deria kita.

5 deria kita iaitu Penglihatan, Pendengaran, Sentuhan, Bau dan Rasa.

Macam mengajar pula nada ayat saya ini.

Tapi, tidak apa, asalkan kawan-kawan semua dapat sesuatu yang positif dari sini.

Pengertian Emosi

Saya mengambil rujukan dari Wikipedia Indonesia yang mengertikan Emosi sebagai perasaan intens yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian.

Saya bukan pakar dalam topik ini, sebab itulah saya mengambil rujukan dari wikipedia.

Walaupun mungkin tidak 100% tepat, tapi pengertian ini logik untuk diterima oleh akal saya.

Pengertian seperti ini, lebih mudah difahami oleh orang-orang biasa seperti saya.

Walau bagaimanapun, kamu boleh mencari lebih banyak maklumat tentang pengertian emosi di internet.

Saya hanya mengambil pengertian yang saya faham sahaja, supaya saya boleh berkongsi dengan yakin.

Okey, sekarang saya mahu kongsi lagi satu topik yang berkaitan emosi iaitu cara mengendalikan emosi.

Cara Mengendalikan Emosi

Mengikut pengalaman saya, Emosi menjadi tidak terkawal apabila fikiran kita kosong.

Pada masa itu, Perasaan menguasai lebih banyak kawasan pertimbangan kita.

Percaya atau tidak?

Saya percaya, sebab saya pernah menjadi marah dan gelisah yang tidak terkawal.

Bila saya ingat-ingat semula apa yang ada di fikiran saya masa itu.

Memang tiadalah, yang ada cuma perasaan marah yang mahu dilepaskan dan perasaan gelisah yang tidak tahu mahu buat apa.

Jadi, dari situasi ini, saya belajar cara mengendalikan emosi saya sendiri.

Cara saya ialah dengan mengingat perkataan dan ayat yang positif.

Saya ada kumpulan ayat-ayat positif sendiri yang saya baca setiap hari.

Semasa saya mengingat, oh kadang-kadang saya menyebut ayat-ayat ini dengan suara yang kedengaran, saya menyentuh dada saya atau mengenggam tangan saya untuk memastikan saya dapat merasakan apa yang saya sebut.

Pada mulanya, saya membaca ayat-ayat positif saya 10-15 kali sehari.

Tapi, kini saya hanya membaca sekali sehari kerana terlalu banyak perkara saya mahu ulang setiap hari.

Kesannya pada diri saya ialah saya menjadi pasif apabila ada perkara-perkara negatif yang berlaku di sekeliling saya.

Saya tidak terlalu bereaksi sangat dengan perkara-perkara yang negatif.

Mungkin itulah sebabnya saya dapat mengawal emosi saya apabila ada kemahuan-kemahuan saya yang tidak terkabul.

Walau bagaimanapun, senarai ayat positif saya itu masih perlu diperbaiki kerana masih terdapat kelemahan pada diri saya pada masa ini.

Tapi kalau mahu mengendalikan emosi sendiri, kita perlu ada ayat-ayat bacaan sendiri untuk memastikan otak kita tidak kosong, apalagi kalau kita sentiasa berada dalam keadaan yang negatif.

Kesimpulan

Emosi menambahkan impak yang lebih panjang kepada perkara yang kita belajar.

Sama seperti yang Jim Kwik tulis dalam websitenya iaitu Information + Emotion = Long Term Information.

Tapi untuk membiasakan gaya pembelajaran seperti ini, perlu yang panjang.

Jadi bersabarlah diriku, kau akan terbiasa juga dengan gaya belajar seperti ini.

Sama seperti tabiat menulis artikel saya yang pada mulanya agak perlahan.

Tapi, kini menjadi lebih mudah sebab saya sudah terbiasa dengan tabiat ini.

Jadi, itu saja untuk hari ini.

Kita jumpa lagi pada artikel yang akan datang.

Gambar oleh ElisaRiva

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel