Blogger Bangun Awal

Idea menulis datang tanpa diundang. Kadang-kadang ia datang ketika menghidupkan moto, ketika berada diatas jalan raya, ketika membaca, ketika bermain game dan ketika berada di meja makan.

Dalam sehari hanya ada 24 jam, menunggu kedatangan idea itu benar-benar membuatkan insan yang bergelar blogger bersemangat untuk bangun lebih awal kerana mahu menunggu kemunculan idea yang datang pada bila-bila masa.

Tiada yang dibanggakan dengan bangun awal, cuma bagi seorang yang sentiasa menanti-nantikan kemunculan idea, itu akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan.

Tidak hairanlah, ada beberapa tokoh yang terkenal suka untuk menyimpan kertas dan pen pada poket sendiri kerana menyedari idea atau ilham yang datang perlu ditulis secepatnya. 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel