Dimana Pandanganmu

Bila berseorangan di bilik pada hari Sabat, perasaan tenang menguasai fikiran dan hati. Perasaan itu datang kerana mempunyai masa berehat dan bersyukur kepada Tuhan kerana berkat sepanjang 6 hari.

Hari ketujuh adalah hari dimana Tuhan telah siap menciptakan dunia dan isinya. Dia telah menguduskan hari tersebut untuk Adam dan Hawa mencontohinya.

Di hari tersebut, Adam dan Hawa berehat dan melihat kembali pekerjaan-pekerjaan Tuhan yang ajaib di Taman Eden. 

Tabiat asli ini masih lagi ada pada hari ini, walaupun manusia cuba untuk mengubah aturan masa. Semuanya bermula dengan baik firman Tuhan dalam Kitab Kejadian.

Prinsip yang baik ini akan menjadikan hidup lebih baik kerana tabiat ini disukai oleh Pencipta manusia.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel