Periksa Berkali-Kali

Tidak kira apapun yang dilakukan oleh manusia, pasti ada sesuatu yang tidak sempurna. Ketidaksempurnaan itu sangatlah sakit bagi manusia yang mementingkan pencapaian.

Dalam bab persembahan, Ketidaksempurnaan adalah sesuatu yang memalukan. Sebabnya orang lain mahukan yang terbaik dan sempurna dari kita.

Dan kita tahu, hidup dalam bayangan orang lain tidaklah sesenang yang disangka. Lebih mudah bercakap dari melakukan.

Sebab kita berbeza tenaga, daya tumpuan, wang dan keinginan. Kita semua ada 24 jam sehari masa untuk memeriksa berulang kali apa nilai yang kita mahu berikan kepada masyarakat disekeliling kita.

Apa yang mampu dilakukan ialah memeriksa setiap kerja berulang kali untuk mengelakkan kesilapan. Tapi, seperti yang dikatakan sebelum ini, lebih mudah bercakap dari melakukan.

Kita kena melalui proses itu terlebih dahulu, naik atau turun, jika kita bertahan dan berfikir, kita akan berjaya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel