Perkara Yang Memaksa Kita Berusaha

Hari ini saya telah memesan buku dari Daniel Ally. 

Keputusan yang saya buat itu memang sesuatu yang besar kerana saya mahu membina hidup yang baik dan berkualiti. 

Saya sudah lama mengikuti dia dan melihat bagaimana dia tetap menjaga kualiti dalam setiap perkara yang dia buat.

Percaya atau tidak, kualiti itu tetap terjaga walaupun dia bermain Tik Tok tau.

Selepas saya menekan link "Buy" saya terus bersemangat untuk menghabiskan rutin mingguan saya.

Inilah sebabnya saya meletakkan tajuk artikel saya pada hari ini perkara yang memaksa kita berusaha.

Saya seolah-olah mendapat tenaga booster kerana adanya perkara baru yang akan datang dalam hidup saya.

Kejadian kecil ini membuat saya lebih mengenal diri saya.

Rupa-rupanya saya hanya akan bersemangat apabila saya merasa mahu menghargai kehidupan atau peluang yang diberikan kepada saya.

Kepada masa depan saya, jika kau baca ini sekali lagi, pastikan semangat menghargai kehidupan itu masih ada lagi dalam hidup kau.

Saya buat macam yang si Davie504 buat di channel dia. 

Dia telah mencabar diri dia yang lama.

Tapi itulah, dia buat melalui video, cuma yang berbezanya disini, saya buat melalui tulisan di blog.

Saya harap saya akan dapat buat seperti itu di vlog saya nanti.

Selepas ini, saya kena atur lagi kehidupan saya dengan lebih baik.

Saya tidak mahu main-main lagi, kalau saya main, saya akan main dengan serius.

Saya tidak mahu membuang masa, wang dan tenaga lagi.

Saya akan menggunakan 3 sumber diatas untuk menjadi seorang yang produktif.

Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya.

Supaya orang-orang yang ada disekeliling saya juga dapat berkat.

Bagaimana mana mungkin kau memberikan yang terbaik kepada orang lain, jika kau tidak dapat memberikan yang terbaik kepada diri kau sendiri?

Tuhan juga mahukan yang terbaik untuk kita, oleh itu kita kena berusaha untuk menjadi yang terbaik juga.

Menjadi yang terbaik itu tidak perlu bermula ketika kau ada RM1 juta di tangan kau.

Kau boleh berusaha menjadi yang terbaik pada masa ini, ketika kau ada RM1 ditangan.

Mungkin melampau saya sebutkan RM1, manalah boleh hidupkan?

Kalau RM1 itu hanya untuk kanak-kanak tadika saja.

RM1 ini hanya simbol saja.

Saya mahu bagitau, apa-apa saja yang kita ada, kalau kita urus betul-betul, lama-kelamaan kita pasti akan menjadi yang terbaik juga.

Syaratnya kita kena terus belajar.

Dan proses pembelajaran itu tidaklah senang, apalagi kalau kau tidak biasa latih otak kau.

Saya tidak menggunakan perkataan bodoh atau tidak pandai.

Saya pun baru belajar dari Jim Kwik.

Tiada istilah bodoh atau tidak pandai, hanya otak yang TIDAK TERLATIH dan TERLATIH saja.

Disebabkan istilah ini lebih baik dan berkualiti.

Saya pun menerimalah istilah ini masuk dalam fikiran saya.

Selepas ini, saya tidak akan menggunakan lagi istilah bodoh atau tidak pandai.

Saya yakinkah saya tidak akan cakap perkataan ini?

Bilang teman wanita saya, tepuk dada tanya selera.

Jadi, itu sajalah untuk hari ini.

Saya harap perkongsian ini dapat menambahkan nilai dalam kehidupan kamu semua.

Sekian, jaga diri dan ingatlah orang yang tersayang.



Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel