Apa yang berlaku ketika putus asa

1. Hati akan menjadi sedih.

2. Semua orang pernah mengalami kegagalan dalam hidup. Sudah pasti kesedihan akan timbul dalam hati kerana tidak mendapat apa yang diinginkan atau diperlukan. (Tahu)

3. Hati akan mengatakan "Ini sangat susah, saya penat, sudah lama saya cuba tapi masih tidak berjaya. Saya putus asa".

4. Ramai yang tidak sedar betapa dekatnya mereka dengan kejayaan setelah mereka putus asa. Saat berputus asa, itulah puncak tertinggi kesukaran bagi keinginan mereka. Sedangkan bila mereka dapat mengharungi ketinggian itu, sudah pasti kejayaan, akan dapat mereka capai. (Tahu)

5. Tubuh akan kelihatan letih.

6. Putus asa berlaku apabila jangkauan fikiran seseorang sudah mencapai hadnya. Orang-orang seperti ini hanya perlukan lebih masa atau pengalaman untuk meningkatkan sempadan had fikiran tersebut. Jika masa mencukupi, tidur sangat membantu untuk memulihkan tubuh yang letih. Bila tubuh sihat, otak pun cerdas dalam mengharungi cabaran-cabaran dalam hidup. (Tahu)

7. Putus asa membawa seseorang ke tempat yang layak baginya.

8. Ramai orang berjuang untuk mendapatkan apa yang belum mereka miliki. Dengan belajar menghargai apa yang mereka miliki, mungkin membantu mereka bersedia untuk mendapatkan apa yang layak bagi mereka. Kejayaan hanya datang bila seseorang sudah sedia untuk mengurusnya.

9. Thomas Edison pernah mengatakan Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.

10. Adakah kita masih berputus asa?

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel