Cara diam dan hasilkan sesuatu

1. Sedari suara hati yang sentiasa bercakap dalam diri (Buat)

2. Jika tiada, boleh langkau langkah ini. (Buat)

3. Jika ada, katakan kepada diri "Diam dan jadikan ini nyata". (Buat)

4. Mulakan kerja dengan berfikir cara menjadikan matlamat satu kenyataan. (Buat)

5. Berfikirlah sebaik yang boleh tanpa ada kerisauan mengenai kegagalan. (Buat)

6. Kegagalan hanya ilusi, ia hanya menjadi realiti sekiranya ia benar-benar terjadi dalam hidup seseorang. Lebih baik beri tumpuan kepada perancangan untuk menjadikan matlamat satu kenyataan. Jangan buang tenaga untuk berfikir tentang kegagalan, fokus pada kejayaan. (Tahu)

7. Setelah merancang, mula bertindak mengikut seperti yang dirancang.

8. Jika berjaya, Tahniah.

9. Jika gagal, sedarlah, inilah yang disebut kegagalan rancangan. Sudah jadi realiti. Sekarang, bergantung pada bagaimana kita bereaksi pada kegagalan ini. Jika kita mahu putus asa, maka tidak perlu teruskan ke langkah seterusnya. TAMAT disini saja.

10. Tapi, jika mahu bangkit dari kegagalan. Silakan ikut langkah ini. Renungkan kembali semua perancangan yang telah dibuat sebelum ini, tuliskan punca kegagalan tersebut, jika tidak jumpa, cari sampai dapat. (Buat)

11. Jika sudah jumpa punca masalah, buat dan tulis perancangan untuk mengatasi punca masalah tersebut dengan benar, baik dan bijak. (Buat)

12. Pada tahap ini, pengalaman sudah bertambah, malah kita lebih baik dari sebelumnya, cuma kita tidak akan berhenti kerana destinasi yang hendak dicapai belum tercapai. Setiap pengalaman, sama ada yang telah ditulis atau dirasai menjadikan kita semakin bijak dan yakin dengan tindakan kita yang seterusnya. (Tahu)

13. Selepas perancangan diPERBAIKI, laksanakan semula mengikut rancangan ini. Kita akan berjaya sekiranya mengikuti perancangan yang kita buat.

14. Sekiranya masih tidak berjaya. Perbaiki lagi rancangan tersebut dan laksanakannya. Cuba sehingga 10,000 kali, kita akan belajar banyak perkara sepanjang jalan ke arah 10,000 percubaan.
I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work. - Thomas Edison.
15. Pastikan matlamat yang diusahakan ini berguna untuk anda pada 5-7 tahun akan datang. Kerana masa kita adalah terhad, jangan buang masa pada perkara yang tidak memberikan manfaat untuk 5-7 tahun akan datang. Yakinlah, jika matlamat yang kita mahukan itu baik, kita pasti akan dapat mencapainya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel