Cerita Yang Terus Berjalan

1. Semua yang berlaku mempunyai hubungan antara satu sama lain untuk memenuhi satu tujuan.

2. Selepas satu tujuan tercapai, akan ada tujuan lain yang tersedia untuk diterokai oleh manusia. Selagi, ada yang disebut keinginan.

3. Dengan mengetahui keadaan diri semalam, peluang untuk menjadi lebih baik pada hari ini terbuka pada saat seseorang bangun pagi.

4. Boleh jadi, dengan membersihkan mulut kita adalah satu permulaan, kerana mengeluarkan perkataan-perkataan yang memudaratkan diri dan orang lain.

5. Boleh jadi, dengan membersihkan tubuh kita adalah satu permulaan, kerana mematahkan semangat orang yang melihat.

6. Kehidupan yang penuh dengan masej-masej tersirat, memberikan manusia bersemangat untuk terus mencorakkan jalan cerita hidup masing-masing.

7. Mungkin ada jalan cerita yang bersilang dengan jalan cerita orang lain. Pada masa itu, jangan lupa untuk mengatakan "Hai".

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel